Hari 3 l Sesuatu yang Menguatkan Fiza


Assalamualaikum .

Hello =)

#CABARAN30HARI


Sesuatu yang menguatkan saya , Itu task untuk cabaran hari ni oik!


Menguatkan tu maybe dari segi memberi kekuatan time tengah sedih , menyokong setiap yang fiza nak buat dan selalu ada je bila kita perlukan semangat kot rasanya . Untuk kuatkan fiza time keadaan macam ni, Of course la Husband dan Keluarga . Apa apa pun mesti akan refer kat dorang . Tak perlu nak berjumpa, bincang and cerita kat Wasap pun dah oke . Tapi yang selalu ada depan mata mesti la Husband =)

Setiap apa yang Fiza nak buat , mesti dorang akan sokong , setiap kali tengah down mesti ada kata-kata semangat yang diserap.huhu . Paling best, setiap kali typo time menaip kat wasap, mesti terukkkk gue kene hentam O.o

Eh, bukan suami dan keluarga je, kawan-kawan pun selalu ada bila fiza perlukan . Walaupun selalu bercerita dengan keluarga, tapi, kawan-kawan juga penting dalam hidup ku .hekhek. Lagipun, takkan hal tak puas hati dengan budak ofis pun nak kene cerita kat family kan, . Bila bab gaduh ni, cerita kat kawan la best, macam-macam motivasi dorang bagi , tak jalan dgn brainwash, bagi idea giler pulak . Haha, selalunya gitu la.

Dalam dunia blog, geng KBBA yang paling banyak memberi semangat kat fiza, semangat tu tak semestinya selalu bagi nasihat ke apa, bila ada apa-apa kelebihan yang dorang kongsikan yang boleh buat kita nak sampai ke tahap dia, haa tu salah satu pemberi semangat yang menguatkan fiza dalam berblogging nih . Contoh macam CABARAN 30 HARI ni la, jadi makin berkobar-kobar nak update hari-hari , kalau tak, bersawangg dulu.kehkeh


Siap task cabaran hari ni!, so, tunggu untuk esok pulakkk 

*****************



15 comments

  1. Ujang cakap suami mmg kuat kak fiza.. hahahhaa

    ReplyDelete
  2. Sokongan family memang penting kn fiza :)

    ReplyDelete
  3. apasal tiba2 rasa tacing pulak ni baca ni... hu hu hu...

    ReplyDelete
  4. Family is everyone main reason to be strong.

    ReplyDelete
  5. Terbaiklah... sayang kak fiza... mmmuuuaahhhxxx

    ReplyDelete
  6. *like! ^^ insyaAllah..moga kuat selalu kakfiza.. sampai syurga. Amin..:')

    ReplyDelete
  7. ada ke yang jadikan fmly bkn kekuatan..?? lalala

    ReplyDelete
  8. Saya juga tp lebih utamakan yg lebih utama.

    ReplyDelete
  9. Idea giler eaaaa hahhahah....i know i know

    ReplyDelete
  10. Keluarga pendorong kekuatan kita kan....

    ReplyDelete
  11. Kakak cantik tak sebak kan masa taip entry ni?

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤