Alhamdulillah, Terima Kasih

10:05 AM


Assalamualaikum .


ALHAMDULILLAH . Syukur Ya Allah .


Update tentang kesihatan nenek dan umi fiza . Semalam, lepas pengsan, umi dibawa ke unit kecemasan Hospital Jerantut untuk rawatan , doktor masukkan air dan dalam setengah jam lepas tu, tenaga umi kembali pulih . Alhamdulillah . Kata doktor, umi mungkin terlalu penat :'( . Lagi pulak, perut umi sebelum tu belum terisi dengan apa-apa makanan .Sebab tu badan jadi lemah dan jadi punca umi pengsan . Umi dibenarkan balik lebih kurang sejam selepas dirawat . Alhamdulillah, tiada apa-apa yang serius . Fiza terlalu risau sebab umi ada kencing manis , bacaannya pulak tinggi . 

Nenek pulak, masih di wad , berita melegakan hati fiza dapat dari abah , nenek dah ceria, dah boleh gelak . Alhamdulillah . Doktor nak pantau perkembangan kesihatan nenek dan habiskan ubat dulu, lepas tu, mungkin boleh keluar . Syukur, debar hati memikirkan nenek kian berkurangan. Sebenarnya, masa fiza di kampung hari tu, nenek dah diserang sakit jantung dan asma sampai sukar nak bernafas, fiza yang hantarkan ke hospital, awalnya memang doktor dah nak tahan nenek di wad, tapi nenek tak nak, katanya tak teruk . Lepas buat rawatan, doktor bagi balik . Bila di rumah, nenek bukan boleh duduk diam, bila rasa sihat sikit, mula nak buat itu ini , akibatnya, sakit kembali menyerang . Dan kali ni, memang kena warded . Masa di tahan di wad tu, fiza dah balik Putrajaya, tak dapat tengok depan mata keadaan nenek, sebab tu rasa runsing tu, Allah je tahu .


"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sakit tu kifarah dosa , dan fiza bersyukur sebab sakit yang menimpa kedua kesayangan fiza ni, tak terlalu teruk .

TERIMA KASIH kepada yang mendoakan kesihatan umi dan nenek fiza , semoga keberkatan dan rahmat ALLAH SWT sentiasa mengiringi kita semua =)





You Might Also Like

4 AdamHawa Ohsem

  1. Salam Jumaat Fiza, Alhamdulillah, get well soon kepada mereka...

    ReplyDelete
  2. syukur.. dah gembira gelak tawa.. semoga cerita selalu~~

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillahhhh semoga Allah beri kesihatan yang baik untuk nenek dan ummi fiza...doakan yang baik-baik ok...

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Popular Posts