Lipstik Untuk Bibir Kering dan Merekah

4:09 PM


Assalamualaikum .

Hello =)


Sejak tiga hari lepas, fiza dah ada penambahan satu lagi lipstik kegemaran, lipstik collogen yang gah sangat iklannya mengatakan bagus untuk bibir kering, merekah dan tahan lama . Warna timbul mengikut darah dan suhu badan orang yang memakainya .

Dalam dua tiga hari ni, fiza ada masalah bibir kering dan tak selesa . Mungkin kerana tersilap pakai lipstik yang mengandungi plumbum sebelum ni . Fiza pun tak pasti lipstik yang mana satu . Untuk menyelesaikan masalah tu, fiza try la beli lipstik yang fiza tengah pakai sekarang ni, dan alhamdulillah, hasilnya memuaskan hati ni =)

Lipstik apa?


ni dia,



Lipstik Collogen D'herb Terrrlajakk larisss :p

Dulu annoying giler dengan iklan dia, sekarang, terikut ikut pulak ayat tu .haha

Jujurnya, fiza memang suka dengan lipstik ni sekarang . Bila di ofis, air-cond kuat, sejuk dan keadaan tu buat bibir fiza cepat kering, bila kering mula la tak selesa dan jadi macam bibir orang sakit , pucat je . Bila macam tu, nak serikan balik bibir dengan lipstik biasa pun jadi tak best bibir ni :'( .

Jadi, lipstik collogen ni la jadi penyelesaian :) alhamdulillah, serasi dengan fiza . Bibir dah tak kering dan warna yang timbul, natural je .


Bila di ofis, lipstik ni jadi kawan baik waktu pagi dan lepas solat . Harga dia RM25 tapi lepas diskaun, dapat la RM23 . Murah je dan mampu milik, =)


Ada masalah macam fiza? haa boleh try lipstik ni , recommended!



You Might Also Like

6 AdamHawa Ohsem

  1. jangan lupe buat muncung macam dalam iklan..heehe

    ReplyDelete
  2. Salam.akak pon nak cari gak lar..bibir selalu merekah....dok lam ekon jer :(

    ReplyDelete
  3. Kwn pun ada guna gincu ni... katanya ikut warna darah..

    ReplyDelete
  4. saya pun pakai ni. tak pakai dah lipstick kaler sejak pakai ni. tapi kan masa kecik2 dulu selalu dapat lipstick dari mekah mcm ni...btl tak?

    ReplyDelete
  5. Sysss resia ni ... pernah pakai sekali lipstik kolagen ni .. tu pun anak saya yang kecik yang suruh. Sekali je la pakai .. tak rasi .. hahaha

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Popular Posts

My Blog List