Keadaan Banjir yang Merungsingkan di Kampung, Kuala Krai,Kelantan.

3:01 PM


Assalamualaikum .


Hujan masih turun tanpa henti , air semakin naik . Setiap sejam paras air makin naik .

Itu situasi di Kampung fiza , Kampung Pahi, Kuala Krai Kelantan .

Fiza dapat gambar-gambar keadaan di kampung melalui wasap yang dihantar oleh Pak Sedara dan kawan-kawan sekampung . Sangat merisaukan bila tengok gambar-gambar tu . Ya Allah .


Ni, laluan kereta untuk masuk ke Kampung . Dah tak boleh lalu, air sungai melimpah.





Tu semua gambar keadaan kampung, ni pulak gambar area rumah nenek fiza pagi tadi,




Rumah fiza betul-betul depan padang bola, bila air naik, padang ni nampak macam lautan ..


Ini keadaan Tengahari , dan kat bawah ni keadaan sekarang,


Air semakin naik , hujan pulak tiada tanda akan berhenti :'( Ya Allah, kerisauan menggunung bila teringat kat keluarga di kampung, lebih-lebih lagi bila teringatkan nenek .

Nenek, ahli keluarga dan orang kampung semua dipindahkan ke Pusat Pemindahan di Sekolah Menengah Pahi, dan tadi kawan hantar gambar, air pun dah naik sampai kat sekolah rendah dah .




 Ini pulak, keadaan kat Bandar Kuala Krai , gambar di ambil dari Hospital Kuala Krai,





Habis tenggelam :(

Seingat fiza, banjir buruk yang pernah melanda Kampung ialah masa fiza kecik-kecik dulu , tu pun tak ada lah seteruk ni . Ini rasanya antara yang terburuk pernah melanda . 

Hari ni di ofis, memang langsung tak boleh nak fokus pada kerja, tangan tak lepas dari telefon , tunggu update dari keluarga dan kawan-kawan kat kampung :( 
Semoga, Allah SWT jauhkan segala musibah buruk ke atas kita semua dan semoga semua yang terlibat dengan dugaan ni, redha dengan ujian ni :'(




You Might Also Like

6 Adam Hawa Comel

  1. ya allah. berhati2 musim banjir ni.. macam penyakit ada...

    ReplyDelete
  2. Allahu, semoga segalanya dipermudahkan lah hendaknya...

    ReplyDelete
  3. Ya Allah , Sabar ye Kak Fiza. Sama2 kita terus berdoa agar surut air banjir dan semuanya berada dalam keadaan baik juga selamat. Aamiin. Bertabah ye Kak Fiza.

    ReplyDelete
  4. tu lah. semalam baru sampai kat kuala krai. Kesian betul kak. Rata2 memang tenggelam habis rumah mereka. Harap2 family kak fiza okay jah sano.

    ReplyDelete
  5. salam fiza..adaa kat tanah merah, and family ipar duk di manik urai..adaa ade balik 2 kali ritu lepas air surut..keadaan tak tergambar..betul macam tsunami senyap..tak pernah seumur hidup tengok teruk macam ni..tapi, syukur mereka semua tak putus harapan dan masih boleh tersenyum..bangga dengan mereka yang ditimpa musibah ni..harap keluarga fiza pon selamat ..

    salam kenal..jemput jengah ke blog adaa juga ye..i follow u :D

    www.adaa-inspiration.com

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Follow me on IG !

Like us on Facebook