Pendaftaran Permohonan PPJJ USM Sidang Akademik 2015/2016 Dibuka

10:11 AM



Assalamualaikum .

Hello =)




Permohonan ke Program Perancangan Jarak Jauh bagi (PPJJ) di Universiti Sains Malaysia bagi sidang akademik 2015/2016 telah dibuka bermula semalam ! So, sesiapa yang berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah, boleh la mula buat permohonan sekarang . 

Iklan permohonan seperti berikut ,




(Klik untuk besarkan image)

 sila klik disini untuk melihat  --> TATACARA PERMOHONAN I  KELAYAKAN PERMOHONAN I SYARAT KELAYAKAN (Detail)

Untuk maklumat lanjut lagi mengenai cara permohonan dan pendaftaran, korang boleh terus ke laman web https://pohon.usm.my atau https://pohon.usm.my/default 
Kat situ dinyatakan secara terperinci mengenai bagaimana cara-cara permohonan dan pendaftaran yang perlu dibuat =)

Terdapat empat (4) program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan untuk sidang akademik 
2015/2016 ni iaitu :

Sarjana Muda Sastera (Kepujian) 
Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian)
Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian)
Sarjana Muda Sains (Kepujian)

untuk pemilihan bidang ni, sila pilih betul-betul ye, jangan tangkap muat je, nanti main pilih je, tak boleh nak carry, menyesal sendiri nanti =p . Pilih bidang yang sesuai dan kita minat . Bila minat, baru seronok nak belajar =) . Bila bekerja sambil belajar ni, keseronokan belajar menjadi keutamaan sebab , ye lah, bila kerja, macam-macam tekanan yang datang kan, jadi tak nak la tekanan tu terbawa-bawa sampai tak boleh nak study . Nak cari ilmu harus la seronok, baru senang ilmu tu nak lekat . hek hek hek .

Permohonan ni bermula 12 Januari 2015 dan tarikh tutup adalah pada 24 Mac 2015.

Semoga berjaya kepada yang memohon =) 




You Might Also Like

0 Adam Hawa Comel

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Follow me on IG !

Like us on Facebook