Tukar Chanel Kejap

5:47 PM


Assalamualaikum .


Arghhh gue sakit kepala! Dari pagi mengadap laptop, dengar SV (Sidang Video), siapkan esaimen, study untuk exam lusa .sobs.pack giler jadual kali ni -.- *tukar chanel kepala jap, update belog .huhu

Dah dua hari duk sini, masa sangat cepat berlalu . Ohh, lupa nak intro, sekarang ni, fiza ada kat Penang . Macam tahun-tahun sebelum ni, datang untuk hadiri kursus intensif di USM Pulau Pinang dan ini adalah tahun ke-3 fiza dah . Kejap je, tahun depan dahhh habiss =) Setiap tahun yang meningkat, semakin susah subject yang kene study T.T

Berpinar mata O.o 

Intensif kali ni, tempat fiza menginap masih sama, iaitu di Desasiswa Saujana M04 , nunnn jauh di atas bukit . Nasib baik ada kawan bagi pinjam motor untuk berulang ke kelas , kalau tak, jenuh jugak nak mendaki . Kereta sama sekali tidak dibenarkan masuk ke kawasan desa oke . So, kereta terpaksa direhatkan sehingga habis kursus nanti . 

Esok kelas masih belum bermula, so, fiza habiskan masa dibilik, study untuk exam je lah. Exam ni bukan exam akhir tu, ia di panggil Peperiksaan Berterusan, yang mana salah satu peperiksaan yang wajib diambil untuk membantu pemarkahan dan syarat untuk hadapi final exam nanti . Lecturer banyak membantu biasanya untuk PB ni =) 


Oke, nak stop , tukar chanel balik dengar SV .

daaaaa...




22 Jan 2015, Pulau Pinang

You Might Also Like

3 AdamHawa Ohsem

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Popular Posts

My Blog List