Jualan di Pesta Belon Panas Putrajaya


Assalamualaikum .

Hello =)



Belon panas merupakan acara tahunan yang akan diadakan pada setiap cuti sekolah di Putrajaya bermula 7 tahun lepas , kalau tak silap fiza  . Sepanjang acara ni diadakan, tak pernah sekali pun fiza naik belon panas ni, alasan kukuh fiza untuk tidak mencuba naik ialah sebab TAKUT .haha , fiza gayat tempat tinggi T.T 


"Agak-agak boleh terbangkan kami ke Istanbul tak? "


Untuk tahun ni, acara ni diadakan bermula 12hb sampai la 15hb Mac 2015 . Sekarang ni la sedang berlangsung , kesesakan pun dah mula kelihatan di sekitar ofis fiza ni, Presint 2 . Jumaat semalam, waktu cuti rehat panjang, dengan berbaju kurung ,sempat la fiza menjergah ke tapak fiesta belon panas ni dengan kawan-kawan ofis . Waktu kami datang tu, belon tak ada yang naik pun, yang ada hanya gerai-gerai jualan dan dua tiga fun area.


Disebabkan waktu fiza datang tu tengahari dan bukan waktu untuk belon naik, maka pengunjung pun tak ramai , bebas je kami berjalan ke sana sini, hihi . Peniaga-peniaga kat gerai-gerai pun meriah je memasing duk promote barang jualan dorang kat kami =p


Paling banyak yang fiza nampak, gerai menjual aiskrim . Aiskrim pasu, kelapa, roti, palingg pelikk aiskrim tongkat. berpintal-pintal, cer tengok rupa dia ,


Pelik kan ? macam mana nak masukkan aiskrim dalam kon tu .



Kalau korang datang sini memang best lah, macam-macam jenis jualan ada, cupcake, cake cute-cute pun banyak.  haa tudung Diyana Halik dan Neelofa pun hado oke!

Tapi dalam banyak-banyak area, kami paling banyak mengila kat sini ,

Gigih aku duk baca wasiat yang orang dah tulis kat sini . haha paling tak leh blah, "before i die, i want to eat Pizza" erkk . 

Haa, nampak tak? what i want to? ;p

Korang jangan lupa datang ke hot ballon fiesta ni ye, kalau nak naik belon, kalau tak silap fiza kena datang waktu pagi-pagi dan petang sebab dua waktu ni je belon akan dinaikkan :) Fiesta ni mula dibuka seawal jam 6.30 pagi hingga 8.00 malam.



14 Mac 2015 , Putrajaya


14 comments

  1. Dah 7 tahun duk sini... xnek2 pun belon.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama laa dik nonn oii, kakfiza xpenah naik belon tuh.haha

      Delete
  2. bestnye yg calk board tu before die i want to .. idea yg bgs ni ..

    ReplyDelete
  3. Teringin nak pergi tapi jauh pulak..hmmm.

    ReplyDelete
  4. hiiii....syoknya fiza..akak x prnh lagi pg hot ballon putrajaya ni....ada je hal x leh pegi...x per akan diusahakan tahun depan...

    ReplyDelete
  5. bila ntah shark nk lepas kesini..
    hehehe..
    x pernah2 sangkut lagi..
    ada ajer bertindih ngan program lain.
    mn gambo belon?

    ReplyDelete
  6. memang pelik la aiskrim tungkat tu,...keropok je panjang :p

    ReplyDelete
  7. malas! panas ! nanti ai hitam hahahahhhaa

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤