Sebab Menyepi

4:21 PM

Assalamualaikum .

 Hello =)


Auuucakkkkkk! hyeee shumerr . Waaa lamanya menyepi , lamanyaa tak berupdate! ehemm, orang super busy la katakan .hikhik .


Actually, alasan blog ni lama tak berupdate memang sebab terpaksa beri tumpuan pada benda lain , yang lebih penting dan memeningkan .haha . Sibuk dengan study dan urusan keluarga T.T . Betul . 

Habis je intensif di USM, banyak giler assignment menunggu , dan tarikh yang perlu dihantar pulak, beza dua tiga hari je semua . Hujung bulan Februari . Rasa nak senakk kepala duk pikir cari idea nak mengarang hampir 20 M/S setiap assignment T.T . Now , tinggal satu je lagi yang TER'pending' and yeee! dah lepas tarikh submit pun .uhukk . InsyaAllah, by next week nak submit dan mohon didoakan semoga lect masih sudi menerima assignment fiza tu . Sobs . 

Akhir bulan Januari sampai la Februari, memang suatu masa yang sangat memenatkan untuk fiza . Habis je Intensif, terus balik ke Kelantan sebab terima berita Bapa Saudara semakin tenat selepas kemalangan terbabas motor masa dia balik dari keje, dua tiga hari di Kelantan, bersama keluarga melalui detik yang sukar tengok keadaan bapa saudara fiza terbaring dalam ICU, bernafas hanya dengan bantuan mesin oksigen 100% . Dah la duka banjir masih berbekas, ditambah dugaan ni lagi . kesian tengok nenek, mak saudara dan sepupu-sepupu fiza :'( . Tapi sekarang alhamdulillah, dengan IzinNya, Bapa Saudara fiza dan semakin sembuh, dah balik rumah pun =) Terima Kasih Allah .

Dua tiga hari di Kelantan, balik ke Putrajaya , seminggu kemudian, masa Tahun Baru Cina, balik semula ke Kelantan . Kali ni balik untuk majlis kahwin adik lelaki kesayangan fiza pulak =) Alhamdulillah, pada usia 28 tahun, adik fiza jumpa teman hidup dia =) Majlis berlangsung belah perempuan je, plan asal terpaksa diubah sebab rumah fiza di kampung kan rosak teruk dan dah tak boleh diduduki akibat banjir hari tu . Tapi walaupun takde majlis belah kami, alhamdulillah, semua berjalan lancar =) Tarikh 19 Feb 2015, mereka diijabkabulkan =) 

Dalam next entry, insyaAllah nak abadikan dekat blog ni gambar-gambar kemeriahan kami masa kahwin adik hari tu . Masih tersimpan kemas dalam memori kad kamera ;p




06 Mac 2015, Putrajaya



You Might Also Like

0 Adam Hawa Comel

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Follow me on IG !

Like us on Facebook