Bloggers Day Out April 2015 , Cyberjaya

8:33 AM


Assalamualaikum .

Hello =)


Tinggal kurang lebih sehari saja lagi , InsyaAllah event 'mengeluarkan peluh' #KelabBloggerBenAshaari akan berlangsung . Program ini lebih kepada acara bersukan untuk ahli KBBA yang sertai dan motif utamanya ialah untuk bersua muka dengan ahli-ahli lain yang belum pernah berjumpa dan mengeratkan hubungan antara kami =)




Serba sedikit mengenai KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA ( KKTTC ) ni, ada yang tau dan ada yang tak tau langsung kewujudan taman riadah yang sesuai untuk seisi keluarga dan juga orang perseorangan. Terletak berhampiran dengan Universiti Multimedia , KKTTC telah wujud sejak 2006 lagi dan mempunyai banyak fasiliti atau kemudahan untuk bersukan seperti driving range , gelanggang tennis , paintball , sirkit go kart , kolam mandi , gelanggang futsal , gymansium , studio menari , gelanggang badminton , squash , dan basketball. Disini juga anda boleh membuat tempahan untuk mengadakan majlis majlis tertentu seperti perkahwinan dan mesyuarat perniagaan.

Bagi mereka yg ingin menempah atau mengadakan perkahwinan di sini , amatlah bersesuaian sangat sangat. Keluasan serta ruang parking kereta yang mampu menampung hingga 500-700 pengunjung pada satu satu masa. 

Catering juga boleh terus ditempah disini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , boleh hubungi 03-8318 0008 atau tengok sendiri di instagram KKTTC ,@kelabkomuniticyberjaya.

Ok,berkenaan dengan KBBA BLOGGER’S DAY OUT ( KBDO) ni . Seramai 100 blogger akan sertai aktiviti yang telah dirancang seperti golf , badminton dan paintball. Tapi menariknya , ianya bukan sekadar golf atau badminton tau ! Ianya telah diubah konsep agar lebih menarik dan mencabar ! Hehehehe.. Nak tau ? Kena turun tonton sendiri =)

Ramai blogger bertanya camana nak join KBDO ni. Ini merupakan aktiviti pertama yang terbesar kami dan tidak dibuka orang ramai lagi.Maaf yer. Tapi anda dijemput hadir untuk memeriahkan..dapat berkenalan dengan blogger blogger baru.. InshaAllah , andai program ni berjaya .. kami akan rancang untuk buat lagi besar dari ni.. Segalanya bergantung pada sambutan dan kelancaran projek ni .

Antara penaja rasmi KBDO 2015 ini ialah :

Cyberview cyberjaya www.cyberview.com.my
Cosmoderm www.cosmoderm.com.my
Yeos Malaysia www.yeos.com.my
Stamp N Print Enterprise www.stampnprint.blogspot.com
Natalia www.natalia.my.



You Might Also Like

2 AdamHawa Ohsem

  1. shark tunggu family day je lar nanti :)

    ReplyDelete
  2. see u tomorrow dan beraksilah kita semua dgn aktiviti yang menarik pastinya.

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Popular Posts

Like us on Facebook