KBBA Bloggers Day Out │Cyberjaya

5:28 PM


Assalamualaikum .

Hello =)



Havoc dan Super meriah! 

Dua perkataan yang boleh fiza gambarkan untuk event Bloggers Day Out #KelabBloggerBenAshaari yang berlangsung dengan jayanya pada 26 April lepas dan telah disertai seramai 80 orang ahli (termasuk ahli keluarga). Event besar KBBA ini telah diadakan di

Bermula jam 8.00am lagi seorang demi seorang peserta sampai di lokasi yang dipilih iaitu di KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA . Suatu lokasi yang sangat tepat dengan suasana yang tenang dan dilengkapi dengan pelbagai fasiliti untuk kemudahan peserta .
Fiza sampai lebih kurang jam 8.30am gitu, masa sampai tu pun, hampir kesemua peserta dah ada :)kesemua peserta dikehendaki mendaftar terlebih dahulu dan diberikan goodies bag yang terisi dengan barangan tajaan oleh beberapa penaja yang sudi menaja event KBBA kali ni , iaitu :

Tajaan utama:

Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

Cyberview Cyberjaya

Cosmoderm 

Yeos Malaysia

Stamp N Print Enterprise

Natalia

Crazy Crunchy



Selesai pendaftaran, sedikit taklimat tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan diberikan oleh wakil KBBA iaitu Lan Careno dan Yanty Lee .


Habis taklimat, maka bermulalah aktiviti pertama BDO ini iaitu 

SENAMROBIK!


Trainer senamrobik yang cute cecomel ni ialah Fatin Bella dengan dikawal ketat oleh dua orang bodyguard kiri kanan.haha.

Selesai penaskan badan dengan senamrobik, bergerak ke aktiviti kedua iaitu 

GOLF .

Ohoiii, seumur hidup fiza tak pernah main golf weh.haha tapi dengan BDO ni, peluang untuk pukul bola golf tu terbentang depan mata, gituu.haha




gedebuk gedebakk, main pukul bola golf. ada yang melantun jauhhh, ada yang tak kene bola pun. HAHAHA! gaya je lebih :p

Settle Golf, kita ke aktiviti ketiga pulak .

BADMINTON

Oke, acara badminton BDO ni memang unik sikit corak permainan dia , fiza pun pun tergelak gelak sakan tengok yang lain duk main . Satu kumpulan 6 Orang, guna satu raket je dalam satu kumpulan tu dan bergilir sambut bulu tangkis tuh . Haha, gigih oikk, berebut nak sambut bulu tangkis :p 




Aktiviti ke-4 pulak, GO-KART!



Vroommmm!, fiza tak perasan sape, tapi ada sorang tu drive, perghh, kehmain weh laju.haha, seronok pulak tengok :p . Panas terik matahari tak menghalang langsung kami untuk enjoy dengan aktiviti ni =)

Nextttt! yang juga merupakan aktiviti last dan paling ditunggu-tunggu untuk Bloggers Day Out pada hari tu ialah peng pengg,

PAINTBALL

 Comel je uzu .haha,

Bayaran untuk permainan paintball ni di KKTC ni ialah RM60 untuk 150 paintballs dan RM100 untuk 500 paintballs , harga termasuk face mask dan paintball marker . Seronok weh main paintball nih !

Tentang harga dan kemudahan yang ada disini, boleh refer kat bawah ,



So, korang kalau berminat untuk adakan pelbagai aktiviti yang memang ohsem giler kat sini, boleh rujuk ke website KKTC atau facebook Kelab Komuniti Cyberjaya =)





You Might Also Like

2 AdamHawa Ohsem

  1. assalamualaikum fiza...wah bestnya ada xtvt mcm ni selalu...:)

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Popular Posts

Like us on Facebook