Khasiat Buah Delima

9:06 AM


Assalamualaikum .

Hello =)



Just nak share tentang buah syurga ni :) Delima merupakan salah satu buah yang memang favourite fiza, tambah tambah kalau dapat yang masam-masam segar macam yang dalam gambar tu , fuhh sekali hadap je makan sorang  :p Dah la isi dia cantik dengan warna merah berkilat gitu ditambah pulak dengan rasa dia yang sedap , haa, gembira sangat tekak bila dapat buah ni .hiks .

Selain untuk halwa tekak, delima ni jugak mengandungi banyak khasiat nye oke :) dan antara nya ialah :


  • Untuk kecantikan dan kesihatan kulit
  • Mengandungi Vitamin C dan banyak unsur nutrien lain
  • Membantu menguatkan sistem pencernaan
  • Membantu mencegah kanser Payudara *ini yang paling penting
  • Menstabilkan hormon semasa haid dan menlancarkan kitaranya
  • Sangat bagus untuk ibu mengandung sebab dia boleh memberi tenaga dan mengurangkan alahan
  • Menguatkan memori 


dan banyakk lagi lah, ini yang ringkasnya je, kalau nak tahu khasiatnya yang lain-lain dan dari pelbagai sudut kesihatan, sila rajin google oke :p Fiza pulak, makan buah delima ni tujuannya untuk penghadaman dan nak sedut nutrien-nutrien yang terdapat dalam buah delima ni :) Kaedah semulajadi untuk kesihatan badan :) Jus delima pulak, fiza suka sangat dengan GULSAN tu . fuhh memang terbaik ! harga pun murah je dalam RM18-23 , bergantung kepada kedai yang jual . Tapi sekarang jus delima Gulsan ni dah makin femes, so harganya pun harus la makin naik -.- payah dah nak jumpa orang jual dengan harga RM18 tu .

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:

Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut (Diriwayatkan Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Tidaklah buah delima yang ada pada kalian sekarang ini, melainkan sebahagian daripada buah delima dari syurga (Diriwayatkan oleh Al-Dzabi)

Oke, tu je .
Selamat berpuasa dan selamat menikmati buah delima malam  nanti ! hihihi


You Might Also Like

2 AdamHawa Ohsem

  1. dkna tak suka delima sebab ada biji2 kecik tu..huhuu.. tapi masa ngandung dulu makan gak la sikit sebab orang kata baik untuk ibu ngandung..

    ReplyDelete
  2. time2 dahaga ni.. terasa nak minum je jus delima... pergh.. terngiang2 dah ni

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Popular Posts

Like us on Facebook