Lega Teramat

3:54 PM


Assalamualaikum .

Hello ,

Yuhuuuu !

Alhamdulillah, settle dah Peperiksaan Akhir untuk tahun 3 nih, LEGA sangat rasa! Lega yang selega-leganya lah :p Rasa macam free giler kepala ni . Tapi, walaupun exam dah habis, tak boleh nak bersuka ria dengan gembiranya jugak la, sebab nak kene fokus pada final projek pulak T.T , proposal awal nak kene hantar dua minggu selepas exam . DUA MINGGU dari sekarang tahu! .huhu

Tahan fiza tahan , setahun je lagi . Sekarang kemain la rasa tak sabar nak habis study, nanti bila dah tinggalkan dunia belajar, mula la meroyan rindu zaman tu , rindu nak makan kat cafe usm la, rindu nak makan Char Koey Teow Penang la, macam-macam kerinduan lah nanti . Wahai fiza, tak percaya tengok la nanti . Lagi dua tahun, mesti muncul entry kerinduan zaman USM nih .hikhik. Sekarang pun, bila tengok balik gambar-gambar zaman sekolah rendah, sekolah menengah, hati kemain meronta-ronta rasa nak balik semula ke zaman tu :) Hurm, tapi memang rindu pun nak jadi budak-budak balik T.T

Fiza taknak meraban banyak sangat di hari pertama puasa ni, kang terbayang terkait cerita-cerita lain di zaman silam.haha! oke dah .

Sempena Ramadhan ni, Maaf di pohon andai ada kesilapan yang tanpa sedar fiza buat dalam setiap penulisan kat blog ni =) Tapi rasanya entry kanak-kanak yang dulu-dulu, yang tak puas hati pun lepas kat sini semua fiza dah buang =) Sekarang sedaya mungkin nak menulis ayat-ayat yang tak nak memekis hati sesiapa =) InsyaAllah. Dan semoga, Ramadhan kali ini akan jadi Ramadhan yang paling bermakna buat kita semua . 

Selamat Berpuasa dan selamat beribadat.


You Might Also Like

1 AdamHawa Ohsem

  1. Ainaa singgah jalan² sini sambil nak bagitau
    Exchange Feed Group ada menganjurkan http://www.nikainaa.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html GIVEAWAY MEGA RAYA Dengan hadiah bernilai RM 3100. harap dapat join giveaway dari EFG dan jangan lupa ajak kawan². ^_^

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Popular Posts

My Blog List