Resepi Oreo Truffle


Assalamualaikum .

Hello =)

Sebenarnya, dah agak lama fiza mengidam nak mencuba buat Orea Truffle yang SANGAT SENANG ni, tapi asyik tertangguh je . Padahal, bahan semua dah ada. Alahh, bukan banyak pun bahannya , 3 je. haha. Bagi fiza, Orea Truffle adalah biskut yang boleh dikategorikan sebagai biskut raya yang PALING mudah nak buat . Nampak rupa macam susah , tapi bila buat, haaa, pejam mata jee siap.hee. Oke meh fiza kongsikan Orea Truffle hasil air tangan/versi pija pantagiro :p

BAHAN :

Biskut Oreo - 2 paket
Cream Cheese - lebih kurang 2 sudu besar *agak sendiri 
Coklat 



CARA BUAT :

1. Hancurkan Orea . Fiza guna blender kering yang ada kat rumah ni je . 
*Jangan blend guna blender yang baru lepas kisar cili oke , kang tak pasal jadi Orea sambal belacan pulak :p



2. Bila dah hancur, gaulkan chesse bersama oreo  . Gaul pakai tangan je, senang nak sebati , macam dalam gambar kat bawah =)


3. Lepasss tu, haa time to playy, eh.haha . Oke, lepas dah siap sebatikan cheese + oreo tu, buat bulat-bulat kecik macam ni,



besar dia main agak je =)

4. Siap yang atas tu, sediakan coklatnya pulak . Coklat tu cairkan dengan cara double boiler je . patah-patahkan, masuk dalam mangkuk, rendam mangkuk berisi coklat tu dalam air panas, kacau sampai dia cair meleleh.


5. Coklat dah sedia, ambik oreo, salutkan dengan coklat tu,


Tadaaa, haa buat gini , bila dah penuh bersalut dengan coklat, susun terus dalam cup dia , dan simpan dalam peti air dalam lebih kurang 15-20 minit. Nak bagi coklat yang bersalut tu keras.


Lepas 15-20 minit kemudian, rupa dia jadi gini . Nak bagi nampak berhias sikit, taburkan dengan chocolate rice atau apa je yang boleh nampak cantik atas dia :)




urmmmm, yummy! Sejuk-sejuk tu, terus masuk mulut . Sedappp . Kalau kata la korang nak rasa crunchy crunchy gitu masa makan oreo truffle ni, masa tengah buat bulat-bulat tu, buh sikit oreo yang tak hancur dalam dia, so bila gigit, cruppp, haa lagi sedap ^^

See, sangat senang kan nak buat. Fiza pun nak buat banyak-banyak untuk juadah raya nanti :)

Selamat mencuba!



11 comments

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤