Resepi Mudah│Ayam Masak Merah / Kicap

2:00 PM


Assalamualaikum .

Hello :)

Ayam Masak Merah dan Ayam Masak Kicap . Dua masakan ni memang masakan yang PALING fiza suka. Malah, menjadi masakan kegemaran keluarga fiza :) Kiranya, kalau ada hidangan ni, memang bertambah-tambah la makan :) Cara masak dia pun fiza belajar dari umi . Umi memang pakar la kalau bab masak Ayam masak merah/kicap nih.hihihi. Senang dan Sedap!

Meh fiza sharekan resepi paling senang nak buat Ayam Masak Merah/Kicap ni versi fiza . Dua masakan ni menggunakan bahan dan cara masak yang sama, yang membezakan hanya lah KICAP .hihi. 



Bahan :

Ayam (buh kunyit + garam pastu goreng dulu) - sebelah *untuk 2 org makan
Minyak Masak
Sos Tiram - sesudu besar
Sos Cili - sesudu besar
Kicap - agak sendiri
Bawang Besar - sebiji
Cili Merah - sebiji
Garam - sesedap rasa
Gula -sesedap rasa *org kelantan kan, masak apa pun mesti nak buh gula :p

Bahan Kisar :

Cili Kering
Bawang Merah
Bawang Putih

Cara :

1.Panaskan Minyak 

2.Minyak dah panas, tumis bahan kisar . bahan kisar dah masak (naik bau), masukkan sos tiram, sos cili dan kicap . 

*kicap tu agak sendiri, kalau nak buat masak kicap, buh lebih sikit, kalau nak buat ayam masak merah, buh sikit je. Fiza punya ayam masak merah memang akan buh kicap sikit . Taknak buh pun takpe :)

3. Tumis biar naik bau, then masukkan garam dan gula . bila bahan tumis dah masak, terus masukkan ayam yang dah di goreng tadi bersama bawang besar dan cili merah . Gaulkan semua sampai sebati dan, SIAP!

Sangat senang dan cepat .hee. Bila waktu sahur, menu ni yang akan selalu fiza masak :) 
Makan nasi pun bertambah :p 

You Might Also Like

8 AdamHawa Ohsem

  1. bilalah dapat rasa air tangan fiza nih....

    ReplyDelete
  2. sedapnya makan ngn nasi panas2...

    ReplyDelete
  3. buat tak nak. tapi nak makan je kak fiza. boleh? haha

    ReplyDelete
  4. resepi kita sama lah kak pija hahahahaa.. resepi ore klate gitu :p

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...hai2..

    Saya menjual iphone,samsung,oppo,phone case dan etc.
    jemput lawat blog saya

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    ig saya : @nurnasuha96_

    whatsapp: +60196117811

    ReplyDelete
  6. hukkkk miss you n rindu sambal lada hahhaha...sedapnya makan nasi panas2 ngan ayam ni n ada sambakl lada huuhuu

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Popular Posts

My Blog List