Masakan Melayu Kampung Di Ummiza Cafe, Jenderam Hulu.

8:00 AM


Assalamualaikum .

Hello =)

Pada Sabtu lepas, 03 Oktober 2015, Fiza bersama-sama kawan-kawan Kelab Blogger Ben Ashaari telah menerima jemputan istimewa untuk makan tengahari di Restoran Ummiza Cafe, Jenderam Hulu, Sepang. Jemputan untuk makan tengahari ni Restoran Ummiza Cafe ni merupakan satu jemputan yang betul-betul menggembirakan perut Fiza juga kawan-kawan lain. ngeeee . kenapa gembira? sebab .. haa, meh tengok gambar dulu , :)


Dan, sila tengok antara hidangan yang ada di Ummiza Cafe ini, betul-betul bangkitkan napsuu makan :p

Gulai Siput Sedut,


Keli Berlada,


Ayam Masak Merah,


Ayam Goreng
Ikan Goreng,


Sambal Udang Petai,


Sambal Bilis
Ikan Asam Pedas,


Ayam Kicap Pedas,


Kari Daging Kentang
Ikan Kembung Berlada,


Gulai Ayam Kampung Campur Kentang,


Gulai Pucuk Ubi,


Gulai Rebung
Sup Cendawan
Sayur Campur,


Dan, ini paling best! takde yang ni, memang tak lengkap sebagai hidangan masakan kampung,

Ulam dan Sambal Belacan!


Selain daripada ni, ada banyak lagi masakan lain yang dihidangkan di Ummiza Cafe ni, dan untuk sampingannya pula, terhidang kuih muih melayu seperti donut, kuih lapis dan lain-lain,



Time sampai tu memang betul-betul waktu lunch. so semua pakat serbuuu.hikss

So, komen Fiza, makanan di Ummiza Cafe ni SEDAP dan MENYELERAKAN . Hidangan ala kampungnya betul-betul buat Fiza terasa macam makan kat kampung , air tangan umi :) Korang patut cuba . HARUS CUBA!

Kehadiran kami di Ummiza Cafe hari tu memang betul-betul meriah dan layanan dari pihak Ummiza Cafe juga amat memuaskan hati :) Siap ada DJ dan boleh karoke tahu! hihi,dan kami dari Kelab Blogger Ben Ashaari mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ummiza Cafe diatas sambutan dan layanan baik yang diberikan . Siap ada khemah oikk, nasib baik takde pelamin je, haha kalo tak mesti orang ingat tempat kenduri kahwin dah.hehehe.





Untuk Info, 
  • Ummiza Cafe ada menyediakan tempahan makanan tetapi peralatan catering dan pengangkutan tidak disediakan atas faktor kekurangan kakitangan . 
  • Lauk pauk pula berdasarkan menu setiap hari . 
  • Tempahan pula diambil hanya untuk 300 orang
  • Antara tempahan untuk majlis yang boleh dibuat ialah majlis makan keluarga, pejabat, hari lahir dan ulangtahun .
  • Harga berdasarkan harga pasaran dan kuantiti lauk yang ditempah. 
Waktu urusniaga ialah dari jam 7.00 pagi hingga 3.00 petang setiap hari kecuali AHAD .

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi :

PUAN NOR ~ 0196682069
PUAN AIN ~ 01110602569

Lokasi,

UMMIZA CAFE,
No. 229, Batu 29, Kampung Jenderam Hulu, Dengkil Selangor.




05 Okt 2015@12.38am, Putrajaya.

You Might Also Like

5 AdamHawa Ohsem

  1. Memang menarik semua masakanya. Rugi tak singgah jika sampai sini. Terbaik.

    ReplyDelete
  2. keli berlada memang kegemaran saya.. sedap sangat!

    ReplyDelete
  3. yg buat makanan situ lg best sbb suasana kampung die... berganda2 mkn... hahaha

    ReplyDelete
  4. semua tu sedap dan paling win sambal udang petai ngan siput sedut.....ermm..dap!!!

    ReplyDelete
  5. ramai kbba yg update ni..mmg menarik cafe ni..sume nmpk sedap2..

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Popular Posts