Fresh Brazil Citrus Dari Bath&Body Works


Assalamualaikum .

Hello =)


Showel Gel Fresh Brazil Citrus ni fiza terbeli tanpa sengaja . Masa tu masuk merewang dalam Nu Sentral, kawan yang nak beli, so fiza tersambar sekali . Bila balik rumah try guna, lepas tu , 

WANGInyaaaaaaaaaaaa! 

betul tak tipu oikkk! bau dia kalah bau perfume , pastu siap melekat-lekat lagi kat baju =)
Wangi dan segar je bau dia . Sesiapa je yang guna mesti akan tergoda lah dengan bau dia . Fiza siap suruh anak buah lelaki yang umur 6 tahun lagi try guna, haa lepas tu setiap kali nak mandi dia nak guna .haha , emmmm, wanginye ciklongg, afiq sukaa. hekhek .

Korang kalau nak rasa fresh dan wangi jugak lepas mandi, boleh beli shower gel ni kat Kedai Bath&Body Works , yang fiza tahu ada kat Nu Sentral je . Tempat lain tak pernah jumpa lagi .
So sekarang Fresh Brazil Citrus ni dah jadi favourite shower gel fiza dah :)


7 comments

  1. Wah bagus kalau kekal lama wangi dia. Dapat berjimat sikitkan.

    ReplyDelete
  2. Bau sitrus memang sedap. Kalau bau bunga tak semua orang suka. Kadang bau bunga boleh buat sakit kepala. :)

    ReplyDelete
  3. Wahh bestnya wangi.. nak jugak.. tapi tak tahu ade ke tak ni . Hihi

    ReplyDelete
  4. kalau kat johor kedai ni ada kat jbcc & jpo

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤