Resepi Ayam Kurma Mudah dan Cepat Dengan Rempah Tanjong


Assalamualaikum .

Hello =)

Setiap tahun, April merupakan bulan yang sibuk untuk fiza. Bukan saja sibuk dengan hal kerja hakiki, tapi juga perlu bahagikan masa kerja untuk program-program yang dah diatur sempena menyambut hari besar kami di Pejabat ni . Koir , bowling, program kesihatan, dan macam-macam lah yang dibuat untuk sambutan April tahun ni. Bila dah sibuk di pejabat, balik rumah memang badan ting tong terus .huhu. Nak masak pun blur fikir nak sediakan menu apa untuk suami O.O 

Tapi, walaupun penat, makan malam tetap fiza cuba siapkan untuk hidangan suami dan apa yang bestnya, ada sesuatu yang fiza gunakan untuk mudahkan kerja fiza sebagai isteri bila didapur =) Mudah disediakan, sedap dimakan.gituuu , dah macam iklan pulak .hikhik. nahh meh nak share apa yang best tu ;


Rempah masakan TANJONG dengan pelbagai menu masakan yang siap ada resepi belakang setiap bungkusan tu. Senang kan ! fiza dah guna serbuk kunyit untuk goreng ayam dan Semalam jam 9.00mlm fiza masuk dapur, masak kurma ayam, resepi betul-betul ikut yang ada kat bungkusan .




Meh nak share sikit RESEPI KURMA AYAM dengan Rempah Kurma Ayam Tanjong ni,

Bahan :

Ayam - 300gm
Bawang Besar India - 2 Ulas (1 ulas hiris, 1 ulas tumbuk)
Bawang Putih - 2 Ulas (Tumbuk)
Halia - 1/2 inci (Tumbuk)
Santan - Sekotak
Kentang - ikut suka
Sebungkus Rempah Kurma Tanjong - Jadikan paste


Cara Masak :

Tumis bahan yang dihiris dan ditumbuk tu sampai naik bau, masukkan paste rempah kurma Tanjong . masak sampai pecah minyak dengan api kecil. Dah pecah minyak, masukkan ayam dan kemudian masukkan kentang . kecilkan api dan biarkan ayam tu masak. Bila ayam dan kentang dah masak, masukkan santan . Kacau kemudian masukkan garam dan bahan perasa secukupnya . Siap untuk dihidang! 
Cili besar tu Optional, nak masuk boleh, taknak pun boleh =) untuk hiasan bagi nampak cantik je tu :p

Untuk info, rempah Tanjong ni sebenarnya bukanlah produk baru, ianya dah lama ada sejak zaman mak-mak kita dulu lagi, cuma sekarang ianya dibuat penjenamaan semula dan  berwajah baru . Lebih mengikut peredaran masa =) 

So, korang kalau penat sangat nak perah kepala fikir malam ni nak masak apa, esok menu apa, lusa nak makan apa, boleh cuba gunakan rempah Tanjong ni. Mudah, cepat dan senang . Motto kita, isteri yang berkerjaya bila nak masuk dapur .hikhik
Rempah ni boleh didapati di Pasaraya Mydin dan D'mart atau untuk info lanjut, boleh layari facebook Rempah Tanjong ni terus .

Facebook : Rempah Tanjong

1 comment

  1. Sedap nyer kapija masak...nnt nak g mkn kat umah kapija la...fuhh nampak menarik gambar masakan tuu..naik selera nak pegi makan .

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤