Buffet Ramadhan Sajian Nostalgia Di Seri Pasific Hotel, Kuala Lumpur

4:02 PM

Assalamualaikum.

Hello =)



Ramadhan dah tak lama lagi dah. Bila masuk je bulan puasa, selain masak sendiri di rumah, sekali-sekala mesti teringin jugak berbuka puasa kat luar kan. Berbuka diluar pulak harus la nak pilih tempat-tempat yang sedap dan berbaloi , paling best kalau tempat tu ada menyediakan makanan yang mampu mengingatkan kita kat kampung halaman. maklum laa, nak balik buka puasa kat kampung tak sempat lagi.huhu.

So, untuk korang yang mencari tempat makan macam fiza cakap tu, haa fiza ada cadangan tempat sesuai dengan selera tu dan sedap pulak :) 

Buffet Ramadhan Sajian Nostalgia di Seri Pasific Hotel. Fiza dah rasa sendiri, dan memang lazat hidangan buffet yang disediakan . Antara hidangan nostalgia yang korang boleh rasa di sini ialah Gulai Ikan Patin Tempoyak, Sup Gear Box, Masak Lemak Siput Buloh, Asam Pedas Ekor Lembu, Nasi Ayam, Ulaman dan Sambal, Nasi Beriani Gam, dan pelbagai lauk pauk kampung yang lain. Selain tu, makanan wajib , Kambing Golek tetap ada . Untuk dessert pulak, buffet disini menyediakan Ais Kacang, ABC, dan pelbagai jenis buah-buahan. Yang paling rare, ada Serawa Durian!  

Tengok menu tu, betul-betul sajian nostalgia kan =)






Selain dihidangkan dengan santapan yang lazat-lazat ni, pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan Ghazal. So, sambil makan tu, boleh la hiburkan hati sekali kan :)
Untuk solat, jangan risau, Seri Pasific Hotel memang menyediakan Surau untuk menyenangkan pengunjung menunaikan solat Maghrib dan Isyak dan kalau nak berterawih, boleh terus ke Masjid PWTC, dekat je .


Korang yang berminat untuk merasai buffet disini sempena Ramadhan nanti, terdapat dua lokasi yang boleh dipilih mengikut keselesaan sendiri, tapi harga dua lokasi tu berbeza la ,

Pasific Ballroom, Level 2 :

Tarikh : 06 Jun 2016 - 05 Julai 2016
Harga  : RM98 (Dewasa) & RM49 (Kanak-kanak)

Zende Restaurant, Lobby Level :

Tarikh : 08 Jun 2016 - 04 Julai 2016
Harga  : RM128 (Dewasa) & RM64 (Kanak-kanak)

Jadi, pilih la yang mana korang suka :) Sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi :

Telefon  : 03-4049 4351 / 4352
Email     : fbresv@seripasific.com
Website  : http://www.seripasifichotel.com


You Might Also Like

0 AdamHawa Ohsem

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Popular Posts

My Blog List