Keistimewaan SSPN-i Plus

8:39 AM

Assalamualaikum .

Hello =)

Korang tahu tak yang PTPTN sekarang ada melancarkan produk baru yang lebih baik dan menyenangkan untuk kita kalau nak menyimpan duit melalui SSPN ?  Haa meh nak habaq sikit meh. 

Pejam celik rupanya dah 12 tahun SSPN-i diperkenalkan, dan pada 8 jun 2015 lepas, PTPTN sekali lagi memperkenalkan produk baru yang diberi nama SSPN-i Plus yang merupakan satu skim atau intrumen simpanan yang mana tujuannya tak lain tak bukan untuk simpanan masa depan dalam pendidikan serta turut menawarkan perlindungan takaful yang amat murah! Apa yang bestnya dengan SSPN-i Plus ni, ianya tak membebankan pun, dengan kadar cuma RM1 SEHARI, kita boleh menabung dengan memilih pakej Intan di dalam SSPN-i Plus yang menawarkan simpanan pendidikan dengan perlindungan takaful sehingga RM40,000. fuhhh berbaloi kan! 

Kelebihan pakej Intan ni pulak, bukan saja melabur untuk pendidikan, tapi juga kita akan dapat perlindungan takaful , dividen yang amat kompetitif, dan mendapat pelepasan taksiran cukai serta yang penting ianya patuh syariah . So tak perlu risau kalau TERriba ke apa =) InsyaAllah 


Pelbagai kelebihan yang ada dalam pakej ni =) Untuk pelan simpanan pulak, boleh tengok jadual dibawah :


Selain produk ni, SSPN-i memang tak dapat dipisahkan dengan hadiah CABUTAN yang mana semua tahu hadiahnya memang gempak-gempak je. Simpan dengan menabung semampu yang boleh je, tapi tiba-tiba mana tahu dapat rezeki menang hadiah cabutan BMW. haaa best kan! .

Pada 06 Mei lepas, fiza sendiri berpeluang untuk turut serta dalam satu majlis Pelancaran Pakej Baharu SSPN-i plus, Ejen Online dan penyampaian hadiah cabutan ni, telan airlio je tengok sorang-sorang naik ke pentas terima hadiah masing-masing.haha!


Uhukkk, mewah oikkk hadiah dia! haa, korang tak teringin ke dapat hadiah free macam ni. Oh untuk info, kelayakan untuk berpeluang menyertai hadiah lumayan cabutan ni, 

  • Terbuka kepada semua pendeposit SSPJ-i Plus yang membuka akaun dan mengekalkan akaun dalam tempoh promosi
  • Jumlah simpanan mesti RM50 tanpa mengira pakej layak mendapat satu cabutan

Selain dua berita gembira daripada ni, ni ada satu lagi berita gembira untuk sesiapa sahaja yang berminat nak menjana pendapatan bersama PTPTN dengan menjadi Ejen Online PTPTN. Untuk info dan kelebihannya, boleh tengok dibawah  atau terus ke : EJEN ONLINE PTPTN (klik link)
Dengan adanya Ejen Online ni, urusan untuk nak buka akaun dan transaksi pun akan menyenangkan dan menjimatkan masa. Klik je! mudah dan cepat =) semua dihujung jari . gituuu :p

Untuk maklumat lanjut tentang pakej baru ni, korang boleh terus ke link-link dibawah ;

Website  : PTPTN
Website  : SSPN-i plus
Daftar Akaun Baru SSPN-i plus : DAFTAR AKAUN
Daftar Ejen Online  :  EJEN ONLINE

So, apa tunggu lagi, jom mendaftar dengan SSPN-i untuk nikmati pelbagai kelebihan yang ada , nak lebih best, daftar terus jadi Ejen Online PTPTN . Dapat melabur dan menjana pendapatan terus =)



You Might Also Like

4 AdamHawa Ohsem

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Popular Posts

My Blog List