Pau Cendawan Bazar Presint 2, Putrajaya

12:23 PM

Assalamualaikum .

Hello =)

Semalam untuk kesekian kalinya fiza menapak ke Bazar Ramadhan Presint 2, Putrajaya. Memang kat sini je satu-satu je bazaar yang selalu fiza kunjung  salama berpuasa ni . Selalunya, bazar disini memang tak pernah lengang, sentiasa penuh sesak dengan orang ramai, dan situasi ni memang dah biasa bagi fiza.

Cuma,

semalam, masa fiza duk terjengah-jengah nak membeli tu ada perkara luar biasa fiza tengok. Terpandang satu barisan panjang giler kat satu gerai makanan ni, mula la rasa membuak-buak nak tahu, gerai apa yang sampai hampir 1km orang beratur nih. Intai-intai datang dekat, sekalii rupanya gerai PAU CENDAWAN! , fiza tak tahu pun yang pau ni sedang viral sekarang, semalam baru tahu bila fiza duk borak-borak tanya peniaga gerai berdepan gerai pau ni. Rupanya pau ni sedang viral sekarang dan lihatlah bagaimana KESAN VIRAL tu. fuhhh! fiza tengok muka peniaga gerai pau ni pun macam muka 'di luar jangkaan' penerimaan permintaan terhadap pau dorang. haha. 




Pengunjung lain pun macam 'terkejut' tengok barisan yang panjang kat gerai tu, sangguppp mereka beratur  tengah-tengah panas tu .hihi .
Masa duk borak-borak dengan peniaga gerai depan gerai pau tu, dia tunjuk kat fiza rupa bentuk pau tu, dan inilah dia,


Gigih kan ambik gambar pau orang.haha! atas tu coklat, dan intinya kaya, dia kata yang inti durian sedap. Pau ni SANGAT SEDAP dan lembut , kata dia :) Fiza, dalam hati ada jugak rasa  teringin nak mencuba, tapi kesanggupan nak beratur tu takde lg :p


You Might Also Like

3 Adam Hawa Comel

  1. Menarik pulak tgk pau ni.. Tapi memang jarang je bazar apetah lagi nak ke bazar di Putrajaya nun.. Huhu..
    RosmizaAli.Com

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Follow me on IG !

Like us on Facebook