Pencarian Homestay di Pulau Pinang

Assalamualaikum .

Hello =)

Alhamdulillah, result penuh USM dah keluar . TERIMA KASIH ALLAH. Yang penting, impian untuk grad pada tahun 2016 ni termakbul!. Makanya, salah satu wishlist telah tercapai =)

InsyaAllah, kalau tiada aral, bulan 10 nanti majlis konvo kami, student PJJ USM :)


Perjalanan fiza di USM bermula pada tahun 2012, dan dimurahkan rezeki, fiza cuma bayar yuran untuk tahun pertama sahaja manakala  untuk baki 3 tahun pengajian ditanggung oleh JPA . Macam mana fiza dapat tanggunggan yuran oleh JPA ni? haa, korang kena rajin-rajin ke website e-sila JPA . Kat situ je iklan tentang biasiswa atau pinjaman JPA dipaparkan. Macam fiza, fiza dapat tawaran ni melalui emel ofis, ada pautan terus ke website e-sila JPA . Isi borang last minute dan alhamdulillah dapat kerjasama baik daripada staf PJJ USM untuk dapatkan macam-macam dokumen belajar .hihi. Senyum sendiri bila teringat balik . Memang saat paling kelam kabut dalam hidup fiza kot .haha! 

So now, langkah seterusnya ialah proses nak mencari homestay untuk fiza dan family tinggal untuk hadiri majlis konvo tu nanti. Pagi tadi, fiza dah hubungi salah satu tempat penginapan disana, dan dukacitanya, tempahan dah penuh untuk bulan 10 :(  Memanglah penuh, ramai kot. Ada kawan fiza kata, dia berbulan sebelum konvo dah buat tempahan, ni fiza lagi sebulan lebih je kot lagi. Hmm. Pening jugak ni. 

Hotel? Memang la kat Penang banyak hotel. Kalau berdua, maybe fiza lebih prefer untuk tinggal di hotel, tapi bila bersama family sekali, better untuk tinggal di homestay kan. Selesa dan jimat. Tadi ada la fiza dapat 2 nombor untuk homestay di sana, tapi kedua-dua nombor tu tak dapat dihubungi -.- Adehh, seksa jugak eh nak mencari homestay nih.

Btw, korang kalau tahu mana-mana homestay yang berdekatan dengan USM Pulau Pinang, mohon inform kat komen boleh? wuwu. Harap fiza akan dapat la seketul homestay nanti. Harap-harap.

4 comments

  1. international house -04-6522706 (dlm kawasan RECSAM gelugor)

    ReplyDelete
  2. International House - 04-6522706 (dlm kawasan Recsam gelugor)

    ReplyDelete
  3. Boleh cuba cari kat website homestay. Rasanya dalam tu ada banyak.

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤