Kuala Lumpur Modest Fashion Week 2016

11:00 PM

Assalamualaikum .

Hello =)

Pada 04 Disember lepas, fiza dan beberapa blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari diberi peluang untuk hadir ke Kuala Lumpur Modest Fashion Week 2016 yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya. Tiket kami untuk hadir ke KLMFW 2016 ni ditaja oleh COSMODERM , dan selain blogger dari KBBA, Cosmoderm juga turut menaja beberapa blogger antarabangsa yang turut hadir memeriahkan event KLMFW kali ni .



COSMODERM merupakan penaja utama untuk event KLMFW2016 ni dan apa yang buat fiza teruja, bila dapat melihat sendiri pelbagai jenis rekaan daripada designer dalam dan luar negara yang memang cantik sangat dan memukau sungguh. Sampai boleh terberangan la kejap, konon fiza yang duk catwalk dengan rekaan-rekaan cantik tu.ngeee :p


Ini merupakan sebahagian rekaan yang diperagaakan . Masa sesi fiza hadir ni, ada 4 rekaan designer yang diperagakan iaitu Carolina Ferioli (Italy) ,MFA (Malaysia), Nihaan (Pakistan) dan Top Tato (Saudi Arabia) . semuanya superb! 
KLMFS 2016 ini juga mengetengahkan fesyen-fesyen muslimah yang sangat sesuai untuk wanita-wanita muslimah di luar sana yang gemarkan fesyen , dari gaya santai hinggalah kepada yang sukakan gaya vouge dan elegant .

Habis je sesi ni, giliran model ni pulak untuk catwalk ,


Tapi yang sedihnya, masa model ni catwalk, orang semua dah keluar. haha! 

Selesai je sesi fashion show , kami terus ke booth cosmoderm lagi sekali dan kebetulan Ketua Pegawai Eksekutif Cosmoderm ada, so kami berpeluang la bergambar sekali :)




Yeah. I LOVE my skin! sebab tu pilihan fiza cosmoderm =) daripada Shower gel sampai la losyen , cosmoderm je fiza guna. Sangat best dari segi bau dan kesan dia, dan yang paling penting, produk cosmoderm semua HALAL .


Antara produk yang kami dapat masa event tu dan yang memang fiza sedang guna sendiri kat rumah. Losyen je buat stok letak kat ofis :p . btw, semalam kami dapat gift perfumed shower gel tu, balik terus guna . Besttt sangatt, wangian dia kekal kat badan lama. Tidur dalam kewangian vanity's favourite perfumed shower gel la fiza semalam :) Fiza sangat syorkan pada korang, betul-betul best!


Vanity's Favourite perfumed shower gel ni hanya dijual secara online sahaja di http://www.cosmoderm.com.my , so kalau nak beli, kena beli kat website cosmoderm tu je.
Tapi untuk pelbagai produk lain keluaran Cosmoderm, korang boleh pilih samada nak shopping secara online di website cosmoderm atau boleh beli di Farmasi Vitacare atau di Wellness . Kalau di Putrajaya ni, dalam Alamanda ada Wellness dan banyak produk cosmoderm ada kat situ :) Tak perlu risau dengan harga sebab ianya sangat berbaloi dan mampu milik =)

Terima Kasih lagi sekali kepada Cosmoderm untuk tajaan tiket kami ke KLMFW2016 ni, dan tahniah kerana menjadi penaja untuk event yang sangat meriah dan memberi pengalaman berharga untuk kami =) Sebelum balik, sempat lagi kami geng #KBBA menyahut cabaran #mannequin ni . Haha, mohon tengok sampai habis ye video ni :p


video



You Might Also Like

1 AdamHawa Ohsem

  1. syok jugak dapat jumpa rakan blogger yang lain..batulah happening event tu

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Popular Posts