Dua Kosong Satu Tujuh , 2017


Assalamualaikum .

Hello =)

Hari pertama kerja untuk tahun 2017 lepas seminggu lebih bercuti, dia punya rasa lemau tu menggunung sungguh . Huhh.  lemau . Adik bongsu Malas . haha.

Entah kenapa, masuk tahun baru ni, rasa teruja tak seperti tahun-tahun sebelum ni. Biasanya, bila masuk je tahun baru, bersusun azam fiza tulis, macam-macam wishlist ada, tapi tidak untuk 2017 ni. entah. Diari kosong, tak tercatit apa-apa. Faktor umur barangkali. haha.  

Drop expectations and just go with the flow of life. 

Malas nak plan apa-apa, biar apa nak jadi, jadi. gituu. Bukan sebab takde matlamat ye, tapi nak cuba jalani tahun ni tanpa meletakkan harapan yang menggunung untuk setiap impian yang fiza nak. Takut kecewa . Itu bukan bermaksud putus asa , tapi macam yang fiza sebut sebelum ni, no more expectations.. just gonna go with the flow, and whatever happens, happens :)


Setiap orang berbeza dalam menjalani kehidupan masing-masing, dan fiza juga ada pilihan hidup fiza sendiri. Mengikut cara dan jalan fiza, selebihnya, hanya serahkan pada DIA untuk menentukan apa yang terbaik untuk fiza :) Sebab sebaik-baik perancangan hanya dari DIA kan . 

Apapun, hari ni baru 03 Januari 2017 dan masih belum terlambat untuk fiza ucapkan Selamat Tahun Baru dan selamat menjalani kehidupan penuh makna bersama insan tersayang . Semoga 2017 memberi seribu kebahagian dan kemanisan kepada semua . *skema pulak ucapan :'p

Dan, tak lupa, doa untuk mereka yang terlibat dengan bencana banjir kali ni :'( Di kampung fiza, setakat semalam, air sungai masih belum membimbangkan lagi, tapi beberapa tempat di Kuala Krai dah banjir dah :'( Semoga perlindungan Allah SWT sentiasa bersama-sama kita dan semoga ujian banjir ni cepat berlalu . Amin . 


6 comments

  1. Selamat tahun baruuuuu . Azam thn ni nak kak fy mai majlis lisak hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehemmm, kak fy macam dapatt hiduu je ni.hihih . InsyaAllah lisakk <3

      Delete
  2. Hye fiza,
    May 2017 bring happiness to you..
    Allah Maha Adil Maha Pengasih, Dia ada perancangan terbaik untuk Fiza dan kita semua. In shaa Allah. Daus pun diduga dgn kesihatan. Setiap dugaan itu ada hikmahnya. Dan tidak diduga seseorang itu melebihi kemampuannya.

    ReplyDelete
  3. May tu bukan semoga ke ? Bukan Mei..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, intonasi masa fiza baca tu ingat May tu Mei :p

      Delete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤