Make Up Cover ,Foundation | Dermacol

6:03 PM

Assalamualaikum .

Hello =)

Dalam dua tiga minggu lepas, fiza ada kongsikan di Instagram gambar foundation baru yang fiza beli, dan fiza ada janjikan untuk review tentang result dia samada fiza puas hati atau tak dengan foundation tu. Dan hari ni, fiza nak cerita pasal tu . 

Ni rupa dia ,


Brand DERMACOL . Ni first time pakai, itu pun fiza beli dengan member ofis yang tersilap beli , tak kena dengan warna kulit dia dan sangat sesuai dengan tone warna kulit muka fiza . Korang! betul cakap, BEST sangat foundation ni. Honestly, this is the best full coverage foundation I've ever used! Betul . Oh, diingatkan ye, ini bukan PAID REVIEW . Fiza kongsikan ni mengikut keselesaan fiza sendiri dan macam mana jatuh cintanya fiza dengan foundation ni :) Bila sesuatu benda yang fiza suka sangat, fiza memang teruja nak bercerita dan nak bagi kawan-kawan cuba. Tadi fiza suruh kawan ofis ni cuba, dan terus dia mintak fiza orderkan kat lazada. Ya, di Lazada ada jual, taip je Dermacol, nanti keluar la result dia . Ada beberapa warna dan korang pilih la mengikut kesesuaian kulit korang ye =) Yang fiza guna ni kod 215 . Harga di Lazada RM60 untuk 30g , banyak tu, kalau pakai macam fiza pakai, boleh tahan setahun kot :p


*Gambar sekadar Hiasan :p

Fiza nak tunjuk exactly macam mana kesan dia kat muka fiza pun payah , sebab faham-faham la dengan filter kamera telefon sekarang ni. haha, even cuma snap gambar terus dari kamera tanpa edit pun tetap nampak flawless dia lain macam :p , so, kongsikan pengalaman jujur fiza je lah :)

Dah, tu je nak cerita. Kalau korang ada tercari-cari nak pakai foundation apa, yang ni fiza betul-betul syorkan. Best dan cover semua cela kat muka tu dan yang paling best, tahan lama :)

Bye, much love


You Might Also Like

3 AdamHawa Ohsem

  1. nampak bekas macam kecik je ,urmmm bleh try ni hehhehe....kak sue pakai foundation farmasi je stakat ni.

    ReplyDelete
  2. Saya tak ada bini.
    Kalau ada saya dah beli.

    ReplyDelete
  3. 30 gram banyak gak tu..nampak bekas dia cinonet je tapi byk kat dalam tu..blh try gak ni..

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Popular Posts

My Blog List