Nasi Kak Wok Sedap Di Putrajaya

10:26 AM


Assalamualaikum .

Hello =)

Nasi Kak Wok ni memang tak perlu nak diperkenalkan lagi dah dikalangan Kelantanese ni. Malah, sekarang ni bukan setakat orang Kelantan je, boleh dikatakan semua orang dah tahu dah pasal nasi Kak Wok ni. Nasi yang simple je menu , cuma ada ayam goreng cincang , sambal dan berkuahkan kari/gulai dengan harga RM5.00 - RM5.50 sahaja. Tapi, tak semua tempat sedap tau, ada yang hanya jual nama semata, tapi rasa.. mengecewakan :'(  

Kali ni, fiza nak share satu lokasi nasi Kak Wok yang bagi fiza sangat sedap dan lokasinya pun memang tempat baru yang menjadi tumpuan ramai di Putrajaya  . 


Nasi Kak Wok, Ayer@8 Putrajaya .

Fiza pun baru je lagi tahu pasal tempat ni, dan disebabkan ianya ialah makanan Kelantan, so keterujaan nak mencuba tu tinggi lah kan. So, pada Ahad lepas kebetulan Abah umi pun datang tanpa di rancang ke Putrajaya, maka fiza ajak dorang makan kat sini .


Suasana bersih dan selesa . Meja kerusi gitu dah macam trend sekarang kan. Ala-ala hipster uols! haha


Tepung bungkus dan Akok, dua jenis kuih ni memang makanan tradisi Kelantan yang popular di Kelantan tahu! dan yang dijual disini SANGAT SEDAP.  Tambah tambah tepung bungkus tu. Omnomnom! Husband makan sampai 5 ketul . Kuih ni RM2 - 3 biji . Mahal? biasa la, nak murah pegi beli kat Kelantan . ekeke :p


Memula ambik sikit je, lepas tu dua kali fiza tambah kuih ni, siap tapau bawak balik :p



Ini Nasi Kak Wok nya, Sedap weyh! selain yang dekat Sri Kembangan yang fiza selalu duk makan tu, bagi fiza kat sini la yang sedap :) Korang yang duk area Putrajaya ni patut cuba .
Dan apa menu yang bestnya kedai Nasi Kak Wok di Putrajaya ni yang takde kat tempat lain ialah, selain nasi tu, mereka turut menyediakan menu ....


Tadaaa, ROTI TITAB . Nak cerita sedap takut tak percaya, baik korang pegi cuba sendiri . Jangan jadi macam fiza sudah, balik rumah siap terbayang-bayang kat tekak lagi. Haha. Roti Titab ni RM5.00 satu tu .


Overall, fiza bagi 5/5 star untuk keselesaan dan kesedapan makanan kat sini. Tekak kita berbeza rasa, so apa yang fiza rasa, fiza kongsikan . Pagi tadi pun sebelum kedai bukak fiza dah terpacak kat depan kedai, haha . Office fiza kat Presint 2 je, dekat sangat la dengan lokasi kedai ni. Korang yang nak mencuba makanan disini, leh tengok alamat dan no telefon kat bawah ye :')

Lokasi : Restoran Nasi Kak Wok, Ayer@8, Putrajaya ( area kedai mamak Shahnaz maju)
No.Telefon : 018-2358006


You Might Also Like

15 Adam Hawa Comel

  1. Waa nasi kak wok dah sampai putrajaya daa .. suka gak makan nasi kak wok kalau blk KB..sesekali makan roti titab bestnye

    ReplyDelete
  2. Putrajaya. Boleh nak pergi juga pekena nasi ni.

    ReplyDelete
  3. huwaaaaa sedapnya tepung bungkus,mknn nostalgia kecik2 dulu...sobs sobs...nakkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete
  4. Lama x turun Putrajaya, xboleh nak ingat dekat belah mana tempat nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat Ayer@8 bro, nanti datang buat waze, mesti sampaii sini :)

      Delete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Follow me on IG !

Like us on Facebook