Char Koey Teow Sedap di Putrajaya

12:25 PM


Assalamualaikum .

Hello =)

Hi korang! sihat ke? hihihi, ehh hari ni 14 February? haa betul la, takde apa, saja je tanya , yang Islam jangan nak menyambut apa-apa eh hari ni :p 

Hari ni fiza ter rajin nak kongsikan pulak satu tempat makan CHAR KOEY TEOW sedap di Putrajaya ni, yelah, dah fiza memang tinggal kat sini, so haruslah memburu makanan favourite sendiri yang ada di sekitar sini kan =) . Tempat yang fiza maksudkan ialah di Food Court Taman Warisan Pertanian, Putrajaya . For sure, orang Putrajaya mesti terlebih kenal lokasi tempat makan ni. Popular dan selalu ramai orang sebab macam-macam jenis makanan yang ada kat sini. Tapi , setiap kali ke sini, hanya Char Koey Teow ni je yang fiza akan cari .


Aummm . seksi kan, RM5.50 sepinggan tu . Korang patut cuba makan char koey teow kat sini , lepas tu , mesti nak datang lagi . Macam fiza :p .


Lokasi gerai Char Koey Teow ni belah belakang tempat jual air, nama kedai takde . Sebelah kedai Sate Hj.Samuri .  Bila dah sampai Taman Warisan Pertanian, Putrajaya ni, senang je nak cari lokasi gerai ni sebab satu tu je gerai yang ,menjual Char Koey Teow . Gerai ni mula beroperasi jam 3.00 petang sampai malam *tak sure malam tu sampai pukul berapa .

Korang yang suka makan Char Koey Teow , samada tinggal di Putrajaya atau ada datang ke sini, patut datang cuba makan kat sini ;)

Tapi, macam yang selalu fiza cakap setiap kali buat 'food review' Tekak kita berbeza rasa, so apa yang fiza rasa, fiza kongsikan . Dan tekak fiza kata sedap Char Koey Teow kat sini :p


You Might Also Like

6 AdamHawa Ohsem

  1. kedai baru ke kak pija? nak try la nanti... bape rm tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti dkna, tp sebelum ni akfiza duk g x dok.. RM5.50

      Delete
  2. WoW...ni mesti kena try ni... LeYa yang keje cyberjaya pun tak pernah dtg lagi..hehe

    ReplyDelete
  3. Salam singgah. Kalu free time teringin nak ke sini. hihi. cam sedap je char koey teow ni. harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  4. dah lama sangat nak pegi taman warisan ni, last pegi masa alamanda pun takde lagi waktu tu :D

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Popular Posts

Like us on Facebook