Festival Makanan Antarabangsa Original Thai Food Putrajaya 2017

12:25 PM

Assalamualaikum .

Hello =)

Dua hari lepas, fiza tertengok satu banner duk merata-rata pasal satu festival makanan antarabangsa , Thailand yang akan diadakan di Putrajaya dan lokasinya ialah di Presint 14. Dekat sangat dengan rumah fiza. Fiza ni sejenis yang memang favourite sungguh-sungguh dengan makanan Thailand, termasuklah hubs fiza. Dua-dua selera sama .

Oleh kerana keterujaan yang melampau , maka pada hari pertama festival ni diadakan, habis keje terus fiza ajak hubs cari makan malam kat sini . Dalam kepala cuma fikir pasal Kerabu Maggi, Somtam dan Bihun Tomyum original from Thailand .Khap Khun Khapp . Haha. Kami datang tu lepas maghrib dan di hari pertama, maka kesesakan memang tak dapat nak elak, dari nak cari tempat parking sampai la susahnya nak menapak berjalan kat situ . Memang penuh orang! Meriah. Tapi orang ramai pun misi tetap diteruskan , dan Alhamdulillah, semua yang perut nak, dia dapat :) Siap extra lagi bila Aiskrim Kelapa yang memang tengah famous ni pun ada .



Ohh my, sedap sangat . RM8 seketol tu . 

Itu cerita hari pertama . Hari kedua, fiza pegi lagi. Habis workout, terus ke sini dengan yanty . Dia pun kemain teruja nak bersesak kat sini . Fiza rasa la, memang tak ada makhluk kat muka bumi ni yang tak suka makanan Thailand kot .haha . Hari kedua ni, fiza datang petang dan kereta dapat di parking dengan senang di tepi jalan. Ya, tepi jalan besar P14 tu , dan ya, memang salah, dan ya jugak, lepas tu fiza dan ty dapat surat kenduri dari Polis Traffic .Uwaaa. Salah sendiri, dah nampak polis kat situ, gatai kami pegi park jugak tempat larangan tu sapa suruh kan . Tapi, lupakan pasal hal saman tu, meh fiza belanja mata korang dan seksa tekak korang dengan gambar-gambar seksi ni .






Haa, kauu . Sebab teruja, entry hari ni penuh dengan gambar ye . Ni lunch kejap lagi fiza nak pegi lagi ni dengan kawan ofis pulak. Kiranya, dalam seminggu ni fiza cuma isi perut dengan makanan ni je la kot. haha. 

Festival makanan Thailand ni pertama kali diadakan di Putrajaya, jadi korang yang nak datang tu, kena cepat-cepat sebelum fentival ni berakhir pada 08 Mac nanti ya . Info lanjut tengok banner kat bawah .




Psst ~ Toto Narita pun ada. RM51 satu .heee


You Might Also Like

5 AdamHawa Ohsem

  1. ya mapun sedapnya nengok..wah ada lagi ke..boleh serbu ni

    ReplyDelete
  2. Okeh dah dapat date. Thanks for info.. nak serbu gak la...

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Popular Posts

My Blog List