Penggambaran Segmen Tumit Tinggi Bersama RTM dan PPOBM

12:00 PM

Assalamualaikum .

Hello =)

Suatu pengalaman yang mencelikkan mata dan membuka hati fiza.

Itu ayat pertama yang muncul di minda ni usai sahaja sesi penggambaran bersama RTM bagi Segmen Tumit Tinggi pada Selasa lepas. Untuk segmen episod yang fiza terlibat tu, task yang perlu di buat memang agak mencabar fizikal dan mental ni di mana, fiza perlu menyelami kehidupan dan kesukaran yang dihadapi oleh golongan orang kurang upaya iaitu mereka yang cacat penglihatan yang turut melibatkan Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) . Di dalam pertubuhan orang buta ni, kesemua ahli merupakan golongan yang cacat penglihatan kecuali Setiausaha sahaja yang boleh melihat.


Seharian fiza bersama mereka di Pejabat PPOBM yang bertempat di Brickfields, Kuala Lumpur. Di kawasan ni memang tidak asing bagi golongan istimewa ini :) Disini, fiza melihat bagaimana rutin mereka, seperti, bagaimana cara mereka melintas jalan, berjalan seorang diri, cara memesan makanan di kedai makan dan banyak lagi lah. Dari tingkap pejabat PPOBM, fiza menjenguk keluar dan terdetik di hati, Ya Allah, tabahnya mereka, dalam kegelapan berjalan seolah tiada rasa takut . Ya, mereka kuat, hati mereka kuat .


Sepanjang fiza disana, banyak perkara baru yang fiza belajar tentang kehidupan golongan mereka yang cacat penglihatan ni dan banyak juga perkara yang fiza mula sedar bahawa, banyak hal  kita yang celik ni buat, tanpa sedar menyusahkan mereka, menambahkan kesukaran mereka yang terbatas bila berada di kawasan awam . Luahan daripada En.Huzifah, iaitu presiden PPOBM  terkesan kat hati ni . Banyak hal yang beliau berkongsi dengan fiza dan juga team RTM tentang beberapa situasi yang mereka hadapi, aktiviti mereka dan beberapa kisah yang pernah berlaku dikalangan golongan cacat penglihatan ni hingga ada ketikanya sampai mendatangkan kecederaan kepada mereka .


Task fiza pada hari tu bukan sahaja mendengar cerita dan pengalaman daripada En.Huzaifah dan menyampaikan kepada masyarakat di luar sana tentang kesukaran yang mereka hadapi akibat kelalaian kita, tetapi fiza juga turut di cabar oleh En.Huzaifah untuk merasai sendiri bagaimana kehidupan sebenar mereka. Fiza sahut cabaran tu dan lalu, mata ni ditutup dengan penutup mata dan fiza diberi sebatang tongkat sebagai panduan untuk berjalan di luar . Sepanjang fiza 'merayau' di luar, fiza hanya di guide oleh seorang pembantu iaitu Ely , dan juga En.Huzaifah, yang akan berjalan sambil kami berborak di jalan sekitar Briekfiel.


Dup Dap, berdebar juga waktu dipakaikan penutup mata ni, tapi, demi menyahut cabaran En.Huzaifah dan nak cabar diri sendiri, fiza teruskan juga misi ni :p . Mampu ke fiza?


Cerita-cerita dan pengalaman yang diceritakan oleh En.Huzaifah buat fiza hampir menangis tahu . Bagaimana beliau hampir dilanggar ketika melintas jalan, bagaimana keadaan mereka yang awalnya normal tetapi menjadi buta akibat kemalangan, bagaimana sukarnya mereka berjalan apabila laluan yang khas untuk mereka dihalang oleh sesetengah mereka yang tak bertanggungjawab seperti ni,


Kalian bayangkan , mereka yang tak nampak ni berjalan guna tongkat dan panduan mereka adalah laluan yang berwarna kuning tu, garisan-garisan tu ada maksudnya untuk mereka . Dan bila laluan ni dihalang macam ni, tak ke menyukarkan mereka? silap-silap boleh jatuh sebab terlanggar objek yang menghalang tu tahu tak. Hm. Ini namanya pentingkan diri sendiri . Lupa bahawa tak semua orang bernasib baik dianugerahkan penglihatan yang sempurna :'( Menurut En.Huzaifah, Ini antara fenomena yang sangat biasa dilakukan oleh masyarakat diluar sana .
Jadi, lepas ni kalau nampak garisan kuning ni, jangan sesuka hati halang oke . Kita sama-sama jadi manusia yang bertanggungjawab yang mana secara tidak langsung dapat bantu kurangkan kesukaran golongan ni.


Ada beberapa ketika, fiza berjalan tanpa bantuan Ely dan akibatnya, fiza hampir terjatuh. Saat paling menakutkan bagi fiza ialah waktu nak melintas jalan yang lalulintasnya tengah sibuk. Bayangkan, berjalan tanpa arah yang kita sendiri tak tahu betul atau tidak laluan tu, dengan kereta, motor berduyun. Seolah macam nak serah diri pada kecelakaan . Memang fiza takut sangat waktu tu -.-

Menggigil .

Pengalaman yang berharga sangat untuk diri fiza sendiri . Bukan senang nak jalani kehidupan yang semuanya gelap, hanya bergantung pada bunyi, rasa dan kata hati . Seolah hidup dalam dunia sendiri.


Sebelum balik, En.Huzaifah minta fiza kongsikan satu pesanan ni untuk mereka yang senasib atau ada ahli keluarga yang senasib dengannya , yang membaca tulisan fiza ni ,

'Andai ada ibu-bapa atau ahli keluarga yang mempunyai anak istimewa yang cacat penglihatan, jangan kurung mereka, jangan pisahkan mereka dari masyarakat , bebaskan mereka biar mereka merasa dunia luar , jangan biarkan mereka hidup dalam dunia kegelapan mereka sendiri, sebab akibatnya nanti mungkin akan lebih teruk . '

Jangan sisihkan mereka, jangan bebankan mereka dengan sikap pentingkan diri sendiri kita kerana mereka juga punya hak sama seperti kita yang masih punya nikmat untuk melihat.


Banyak lagi sebenarnya yang fiza buat hari tu, tapi kalau nak tengok yang sepenuhnya, kena tunggu la siarannya nanti oke :) Segmen Tumit Tinggi ni bakal disiarkan di TV1 pada bulan April nanti , dan episod fiza ni episod ke-3 . So, kalau nak tengok, tunggu la bulan April nanti, tarikh tepat belum ada lagi, dah ada nanti fiza update ya :) Terima kasih kepada RTM yang sudi menjemput fiza untuk segmen ni, dan juga kepada Yanty, yang sepanjang hari jadi peneman dan photog fiza :)


You Might Also Like

17 Adam Hawa Comel

  1. Terdetik berkunjung ke blog ini dan membaca entri ini.Sangat menginsafkan.. cerita ini sedikit sebanyak membuka mata saya.

    Tahniah juga kerana terpilih menajayakan program ni..Semoga sukses selalu.

    ReplyDelete
  2. hai artis !!! ingtkan program kak fy tu soh pakai tumit tinggi . hahaa lain rupanya

    ReplyDelete
  3. Woww kapija dah jadi artis daaa hehehe..Tahniah fiza .. semoga lepas ni kita semua lbh menghargai nikmat penglihatan yang Allah bagi dan lebih prohatin pada insan2 yang tak dapat melihat..Waa tgk kapija dah macam Uyaina daaaa..comell

    ReplyDelete
  4. Woww kapija dah jadi artis daaa hehehe..Tahniah fiza .. semoga lepas ni kita semua lbh menghargai nikmat penglihatan yang Allah bagi dan lebih prohatin pada insan2 yang tak dapat melihat..Waa tgk kapija dah macam Uyaina daaaa..comell

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah walaupun sekadar peneman..Ty juga terasa sebak bila terduduk tanpa sengaja dengan orang cacat penglihatan ini. Di mana sedih nya terkenang betapa demand nya kita dgn apa kita makan tapi dia hanya meratah makan dgn enak tanpa tahu samada makanan itu masak dengan baik atau tidak. Contohnya ayam..kalau kita yg mampu lihat mungkin tak makan lagi ayam yg masih berdarah tapi mereka ini tidak... Sedih sgt. Bersyukur sgt waktu tu walhal seumur hidup asyik mengomel tentang banyan perkara.

    ReplyDelete
  6. Nice article. Pengalaman luar biasa. Tahniah Fiza diberi peluang untuk menjiwai watak itu, sekurang-kurang membuat diri dan pembaca sedar akan kekurangan mereka yang orang lain tak nampak sebelum ni. Mungkin ini juga cara kita membuka mata dan minda masyarakat supaya lebih prihatin dengan golongan-golongan istimewa sebegini. TQ..

    ReplyDelete
  7. Kelebihan mereka yang cacat penglihatan ni, allah bagi instint yang kuat tuk dorang melihat dengan mata hati

    ReplyDelete
  8. Fuhhh... Teringin nak rasa pengalaman mcm ni jgak utk keinsafan diri. Tp perkongsian Fiza pun dah ckup bg kesedaran sbnrnya..

    ReplyDelete
  9. tiba-tiba rasa sebak,Allahhhh syukurnya punya nikmat yang masih belum di tarik balik oleh Allah ni.

    ReplyDelete
  10. Wah fiza cayalah.. Sahut cabaran jadi orang buta memang suatu yg mencabar bagi kita yg celik ni..kan. Tapi ada ramai org buta lebih celik dari kita2 yang normal ni.. Bagus masej yg disampaikan. Jgn sampai kita pentingkan diri lalu menyusahkan org lain terutama golongan OKU.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih Fiza sebab sudi luangkan masa dan sudi menyahut cabaran saya hari tu. Kepada sesiapa yang ingin mengenali Pertubuhan Pembangunan Orang Buta dengan lebih dekat lagi, bolehlah singgah di web kami di
    www.ppobm.org.my

    ReplyDelete
  12. Terima kasih Fiza sebab sudi luangkan masa dan sudi menyahut cabaran saya hari tu.. Kepada sesiapa yang ingin mengenali Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia dengan lebih dekat, bolehlah singgah ke web kami di
    www.ppobm.org.muy

    ReplyDelete
  13. Salam, sy adik kpd En.Mohd Huzaifah.. Sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd Cik fiza krn sudi menyelami oku cacat penglihatan ni..
    Tahniah juga fiza dah merasai dan melakukan dgn baik skali..
    Sy amat berbangga bila hal begini di war2 kan di media massa.. Bkn shj utk menginsafkan mereka yg membaca tp dpt memberi penekanan kepada sikap cuai rakyat malaysia.. Tindakan salah laku parking kereta perlu di ambil tindakkan dr DBKL utk menyaman mereka.. Hal ni perlu di ketengahkan lg kpd pihak DBKL utk membantu org cacat penglihatan..

    ReplyDelete
  14. bagusnya fiza dapat peluang macam ni.. peluang bersama dan menyelami hidup orang kurang upaya tu sangat bermakna..

    ReplyDelete
  15. terbaik kak pija. sebab dapat selami mereka yang kurang upaya tu. Siap jalan sendiri..kalau nad pun berdebar..good job

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Follow me on IG !

Like us on Facebook