Kisah di Bazar Ramadhan

Assalamualaikum .

Hello =)

Ramadhan Ke-3, masih belum terlambat untuk fiza ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua :)

Membeli di Bazar Ramadhan memang dah jadi kebiasaan bagi fiza setiap tahun sebab kadang-kadang fiza cuma berbuka sorang bila husband terpaksa sambung tugas sampai ke malam, dan begitu juga kalau fiza terpaksa bertugas sampai malam, jadi nak senang, beli juadah berbuka di Bazar je lah. Kalau time hujung minggu pun, biasa jugak ke bazar untuk beli pemanis mulut. 

Kisahnya cuma semalam, Ramadhan kedua. Entah kenapa tekak ni teringin sangat nak makan Sira Pisang dan Jus Tembikai . Jadi disebabkan semalam fiza siap masak awal untuk juadah utama kami, ajak la husband ke Bazar untuk beli pemanis mulut ni . Sampai kat Bazar dah memang lewat, dalam jam 6 gitu dan seperti kebiasaanyalah, kat sini kalau lewat memang penuh sangat dengan orang. Puas mencari, akhirnya apa yang tekak nak, jumpa . Fiza beli Jus Tembikai, Sira Pisang dan Hamlet , sebab nak sokong kempen kementerian #JanganLebihLebih, maka beli pun itu je lah .haha .
Sampai rumah dah nak masuk waktu berbuka. 
Waktu nak makan tu, fiza terus sedut dulu air tembikai yang diidamkan tu, masa sedut tu dah ada rasa lain dah . Sedikit masam, mula tu ingat mulut fiza yang mungkin rasa lain sebab seharian berpuasa kan, dan teruskan jugak minum sikit-sikit. Tapi, bila dah lama-lama, rasa dia tak berubah pun, masih ada sedikit masam, terus stop makan *gigih nak positif dengan makanan sangat .

Dan keesokkannya, fiza terima natijah daripada kegigihan yang positif sangat dengan rasa makanan tu, tak percaya sangat dengan rasa mulut sendiri masa mula-mula rasa -.- . Pagi-pagi lagi perut dah meragam. Loya, perut memulas semua ada, lemah sangat badan . Mungkin dah keracunan makanan :(

Sedih bila jadi gini . Mungkin sebab tu kempen untuk peniaga Bazar ni berniaga dengan jujur tu hebat diwar-warkan di Media Sosial . Pengalaman macam ni pertama kali kena kat fiza bila membeli di Bazar, sebelum ni kalau makanan tawar, kurang manis tu dah biasa dan fiza tak salahkan peniaga pun sebab dia pun berpuasa kan , cuma bila bersabit dengan soal makanan/minuman rosak ni macam sangat tak patut jadi . Kebersihan dan kesegaran makanan tu dah memang jadi tanggungjawab peniaga bila nak menjual . Kesian kat pembeli yang beli mahal-mahal tapi tak boleh nak makan, silap-silap pembeli tak halalkan makanan rosak yang dia beli, haa menanggung la nanti :( . Fiza dah 'blacklist' kan dah gerai yang fiza beli air tembikai ni sebab takut jadi lagi nanti .

Semoga lepas ni tak terkena dah terbeli makanan rosak macam ni. Seksa sangat tahu! Dalam perut rasa macam semua organ tengah berperang, tekak macam nak keluarakan semua isi perut . Badan rasa macam tak berfungsi . Dan korang, berhati-hati bila membeli, dan satu lagi, jangan terlalu positif sangat bila rasa makanan tu, kalau dah rasa lain macam je, terus berhenti . Jangan jadi macam fiza. Semoga ibadah kita dipermudahkan dan diterima oleh-Nya .





6 comments

  1. lama nyaaaa tak pi bazar huhuuu...gini la bila dapat laki malas nak jalan sobs sobs.

    ReplyDelete
  2. Rasa dah 2,3 kali kena sakit perut sbb beli kat bazaar. tapi tu la kena pergi gak sekali skala, nak merasa kemeriahan bazaar di bulan puasa ni. Mata nampak sedap je..
    Semoga peniaga-peniaga ni ikhlas berniaga.

    ReplyDelete
  3. Kasihan betul.. Awal ramadan dah kena ujian.. Harap bersabar la ye.

    ReplyDelete
  4. Ni la masalahnya dengan peniaga bazaar. Grrr

    ReplyDelete
  5. Qaseh tak jejak lagi bazar ramadhan ni.. kalau masuk je mesti lapar mata , semua yg nampak nak beli haha

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤