Kisah Kembali Ke Sekolah

Assalamualaikum .

Hello =)


Seketol throwback .

Ni gambar masa dinner kat ofis fiza hari tu . Dalam banyak-banyak gambar, yang ni jadi perhatian lebih sikit . Sumpah wehh, bila tengok moment ni, tiba-tiba ingatan ni kembali ke zaman kanak-kanak ribenna dulu . Zaman sekolah rendah , seorang fiza ni memang selalu jadi mangsa kena tarik tudung dari belakang oleh member-member yang bila pusing belakang je nak tengok sape punya keje, dah takde dah member tu. Cepat betul dia hilang, lari lepas buat kami yang gegirl ni tertarik tudung sampai separuh kepala , paling tragis sampai ke leher tudung tu lolos . haha . Time tu rasa nak menangis , geram semua ada. Malu lagi laa. Dah la kena tarik tudung, member lain yang tengok tukang gelak pulak . 

:)

Masa tu, semua kecik-kecik lagi , sekolah rendah kan . Jiwa nakal tu memang semua orang ada. Sekarang, bila ingat balik, rasa macam nak kembali semula ke masa tu . Dinner bertema 'Back To School' hari tu betul-betul buat fiza rasa macam budak sekolah, dalam usia remaja :) 


Budak baik , nerd memang selalu kena buli . haha

Zaman sekolah rendah dulu fiza suka buat hal sendiri, bila dah masuk sekolah menengah baru reti nak berkawan, baru ada geng . Tambahan pulak duk asrama , lagi ramai kawan. Dan dulu, fiza ni takde la macam ni,


Dulu selekeh nak oii , takdenya kasut nak secerah itu, baju iron sampai boleh luka side tu dia punya tajam, muka dengan berbedak lipstik bagai tu .HAHA . Walaupun dah masuk sekolah menengah, bedak pun takde lekat kat muka ni. Lipstik jauh sekali la :p . Zaman sekolah dulu-dulu siapa yang datang sekolah muka ala-ala ber makeup dia akan di pandang pelik oleh masyarakat sekolah. 😂 Silap haribulan, kena ejek depan-depan oik . Haha . Lucu .

Tak semua kenangan menyakitkan
Biarpun ada yang buat kau sakit dahulu
Saat masa berlalu
Setiap detik dahulu mampu jadi peneman 
untuk kau senyum sendirian kini :)

4 comments

  1. Syoknya tema Back To School camni, terimbau terus zaman sekolah dulu. Zaman paling best sekali kan?

    ReplyDelete
  2. Sekali pandang nampak macam budak sekolah. Dua kali pandang pun nampak mcam budak sekolah. 3 kali pandang, saya jatuh tersepak batu.

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤