Kenangan Aidilfitri 2017

Assalamualaikum .

Hello =)

Selamat Hari Raya Semua! Masih dalam Mood Aidilfitri kan :) Jemputan open house pun masih rancak lagi setiap hujung minggu sepanjang Syawal ni, di office pun masih rancak dengan majlis raya di setiap bahagian. Meriah. Fiza je tak berkesempatan nak ke mana-mana open house atau ke rumah kawan-kawan untuk beraya lagi . uhuk . Cuma last week, family datang dan kami ada la beraya di rumah saudara dalam Putrajaya ni jugak .

Raya hari tu fiza bercuti dua minggu lebih dan masa cuti banyak dihabiskan di Kampung, Kelantan . Berulang alik dari Kuala Krai-Tanah Merah . Apa yang syukurnya, walaupun laluan kampung fiza dan suami tu memang laluan utama yang selalu akan sesak bila musim perayaan, tapi kali ni fiza takdelah terjebak dalam jem yang terlampau . Husband pun pandai cari jalan-jalan kampung yang walaupun agak jauh sikit, tapi boleh la lepas dari jem tu :) Satu tips untuk korang kalau tersekat dalam jem di Kelantan, biasanya laluan Kuala Krai-Machang-Tanah Merah-Kota Bharu, cuba cari jalan altenatif lain guna aplikasi Waze, sebab Waze ni memang pandai selongkar cari jalan, celah-celah kampung untuk lari dari jalan sesak . Perjalanan mungkin jauh sikit dari laluan biasa tapi asal tak tersekat lama dalam jem, oke la kan. Lagipun seronok lalu jalan kampung ni, sejukkk dan aman damai je suasana kiri kanan .

Nak cerita tentang kemeriahan raya memang tak habis , jadi untuk kenangan, fiza kongsikan sekeping dua gambar raya kami disini . Tu pun tak semua ada masa raya hari tu, sedih :'( Macam biasa, setiap kali raya, kami akan berkumpul rumah nenek :)


Bila tengok balik gambar dalam kamera, baru perasan gambar ni, alaaa cutee sangatt qisha salam tok nek :)





Oke dah, cukup dah sekeping dua gambar , hee . Beraya di kampung memang best giler ! Rumah nenek pun macam biasa jugak, ramai je budak-budak datang beraya, ehh silap, datang mintak duit raya. Jemput makan minum tak nak, duduk tak sampai dua minit dah mintak diri nak balik . Haha, comel wehh tengok dorang , rasanya fiza dulu-dulu gitu jugak kot :p .



7 comments

  1. Muka semua nok meh je , lawa2 hihi

    ReplyDelete
  2. Cantik family fiza...1st time tgk family besar...ramai yer...alhamdulilah.

    ReplyDelete
  3. muka samanyaa uolss. tak tau dah mana kakak mana adik. huhuhu. selamat hari raya kak

    ReplyDelete
  4. huhu, bahagia sangat tengok gambar raya family. =)

    ReplyDelete
  5. Comel2 la bako demo ni hehehheeh celamat ari raya ciklong hheheh

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤