Menu Tengahari Ringkas dan Sedap di Putrajaya

Assalamualaikum .

Hello =)

Semalam tarikh untuk fiza buat rutin check up di Klinik Kesihatan . Dan seperti biasa, husband akan datang ambil di pejabat untuk ke Klinik . Sebelum ke Klinik tu, kami decide untuk lunch dulu, dan husband terus bawak fiza makan di satu gerai ni yang memang tempat kebiasaan fiza untuk breakfast pagi . Gerai makan depan mahkamah. Dalam kepala memang rasa macam .. erm, nak makan apa kat situ, mesti ada lebihan nasi bungkus pagi tadi je . Tapi sebab husband kemain nak makan kat situ, ikut kan jugak lah. 

Gerai makan tu tak jauh pun dari pejabat fiza . Sampai je terus parking dan bila keluar je kereta fiza dah bau satu haruman yang sedap kemain . Wahhh, gulp! telan ailio . Terus husband tunjuk kat gerai tu yang mana abang yang meniaga kat situ duk tengah goreng ayam . Fiza pun macam, ehh bila pulak gerai ni jual menu ni, macam mana aku boleh tak tahu ni. Uwaaa. Rupanya, waktu lunch, mereka memang sediakan menu Nasi putih panas-panas yang di letak kicap, ayam goreng kunyit, sambal belacan dan ulam timun . Wehh, itu memang favourite fiza oikk.


Sedap giler . Sambal belacan sedap kebabom. Sebungkus ni RM5 je. Murah sangat la untuk harga lunch di Putrajaya ni . Bila fiza post kat IG , dua tiga kawan-kawan yang tinggal disini komen kata memang dah lama gerai ni jual menu ni time lunch. uwaaa, whyyyy aku tak tahuu. Sadis . Takpelah, ni dah tahu, lepas ni senang nak datang makan bila teringin datang menggunung. Memang nak makan macam ni boleh je buat kat rumah, tapi sambal belacan dan rempah ayam tu payah nak jadi rasa sama macam yang jual ni. Haha. Satu hal lagi, waktu lunch mana sempat nak balik rumah masak .


Simple je kan, tapi bila makan rasa macam zaman kecil-kecil dulu. 
Korang yang nak makan menu ni, boleh datang ke Gerai makan betul-betul sebelah Mahkamah Presint 3, Putrajaya . Jumpa gerai makan yang ramai orang tu, haa itu la dia.


2 comments

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤