Sarapan Pagi Yang Sihat dan Berkhasiat

Assalamualaikum .

Hello =)

Bila sebut je buah kurma, mesti ada yang tak berapa suka nak makan kan . Padahal semua tahu tentang tingginya khasiat kurma ni, sama la macam fiza . Fiza bukan tak suka macam tahap tak suka makan buah sukun tu, cuma tak suka sebab dia lembik melekit dan manis je:p 
Tapi, walaupun tak suka, fiza kena paksa juga tekak ni makan dan cuba guna cara lain untuk bagi tekak jatuh cinta dan mula bulan puasa hari tu, fiza dah jumpa cara nak bagi tekak ni bergembira dengan kurma .

Senang je, fiza buat macam ni,


Nampak? buang biji, pastu cebiskan kurma jadi macam ni, campurkan bersama bijirin, susu dan siap untuk di makan bersama . Bijirin tu fiza guna Cornflakes dan Milo, susu pulak susu kotak Dutch Lady full cream. Rangup bijirin dan rasa susu tu boleh kurangkan sikit rasa manis Kurma bila kita kunyah . Paling penting rasa dia sedap .  Menu ni korang boleh buat untuk breakfast , dan dalam gambar tu fiza buat tadi. Licin semangkuk tu.

Khasiat ketiga-tiga makanan ni masuk sekali dalam perut , dan perut pun kekenyangan berjam-jam lamanya =) Jadi, untuk korang yang sepesen macam fiza, boleh la cuba makan kurma dengan cara ni . Ringkas, senang disediakan, sedap dan berkhasiat.

5 comments

  1. kurma yg lembik dan manis sgt tu kekadang sira air gula,beli yang betul-betul kurma dari arab tak pun basuh dulu atau rendam dan keringkan baru simpan dalam peti ais,preggy makan kurma ok tapi jgn lebih2 kang gula tinggi.

    ReplyDelete
  2. menarik breakfast macam ni. senang cepat sedap.

    ReplyDelete
  3. hahaha.. sama lahh. tak suka makan kutma. kalau makankurma pun cuma cuit sikit je

    ReplyDelete
  4. owh..camtu yea nak bagi rasa sedap lagi makan kurma..kreatif sis ni

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤