Akibat Membida di Chilindo.com

9:32 AM

Assalamualaikum .

Hello =)

Gara-gara Qaseh Dalia , fiza pun terjebak sama dengan Chilindo ni . Untuk tahu lebih lanjut apa benda CHilindo ni, baca je di blog Qaseh tu eh :) Hari ni pagi-pagi sebelum mula waktu kerja, fiza dah cuci mata, buat senaman jari membida di website Chilindo ni .  Main bida-bida sekali dapat barang tu kat fiza . Teruja kemain oikk . Tengok ni,


Mula-mula nak mencuba, jadi fiza cari la barang yang murah-murah je dulu . Tak sangka waktu macam ni, tak ramai sangat saingan . Tadi yang bersaing dengan fiza pun dua orang je . Dua kali bida, dapat la harga USB Reader ni dengan harga RM0.55 je .Fiza beli 4 barang dengan harga RM14.48 , tambah RM8 untuk caj penghantaran dan total semua jadi RM22.48 . Yang lagi 3 barang tu fiza dapat bida Fleksibel Octopus Tripod untuk telefon dengan harga RM3.52 je , USB Transfer Kabel Data untuk Android RM1.90 dan Clever Cutter 2 in 1 dengan harga RM7.56 . Murah-murah je semuanya. Fiza siap semak harga dengan website lain yang jual barang yang sama oikdan ternyata, harga yang fiza dapat di Chilindo ni jauh lebih murah . 

 Proses pembayaran senang je, ada 3 pilihan samada nak bayar melalui :

  • kad kredit
  • pemindahan wang
  • secara tunai (tunai kena tambah lagi RM4) 
Fiza bayar melalui pemindahan wang ke akaun OCBC Chilindo, no akaun mereka bagi waktu nak buat proses bayaran tu . Fiza dah siap bayar semua so sekarang tunggu barang sampai je lah. Dalam info tu tulis barang akan sampai dalam tempoh 24 jam selepas pembayaran dibuat , jadi mungkin esok la kot sampai . Korang kalau nak main bida-bida barang macam ni, boleh ke website www.chilindo.com/my


Selamat membida! 

You Might Also Like

6 Adam Hawa Comel

  1. Lisa tk tergoda lagi.. hahah tkut kena bebel sebenarnya. Sbb beli pun jrg pakai hahaha

    ReplyDelete
  2. oh.. menarik juga tu. saya x penah lagi join bidding barang online.

    Ada x yang ada masalah Hb rendah? Jom semak 10 Makanan Naikkan Hb

    ReplyDelete
  3. Hahahaha banyak gak tuu membidaaa.. ini semua gara2 Qaeh dan najeeb laaaa ni .. dua tu yang duk usha2 sokmo sampai kita pon terjebak sekali hahahaa..

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Follow me on IG !

Like us on Facebook