Resepi Cekodok / Cucur Viral

Assalamualaikum .

Hello =)

Cekodok atau cucur atau jemput-jemput , semua sejenis kuih yang sama, cuma nama sebutan je yang berbeza . Tapi kalau sebut je salah satu nama tu, comfirm lah semua orang kenal :) 

Cekodok viral ni memang viral betul sekarang ni kan. Mula tu fiza tak tahu pun apa yang specialnya cekodok ni sampai dipanggil dengan gelaran 'cekodok viral' . Lepas tu, ada sekali tu, adik fiza yang belajar di Melaka balik bercuti rumah fiza, dia gigih berperang kat dapur dan katanya nak masak cekodok viral . Senang sangat katanya. Fiza diam dan menunggu je . Rupanya betul, tak lama , siap dia buat . Tapi masa tu persembahan tak wow sangat , mungkin sebab first time buat kan. Haha. 

Semalam adik fiza memang ada kat rumah ni, fiza pun minta dia buat lagi cekodok viral ni, tiba-tiba terasa nak makan pulak dan macam biasa, dengan pantasnya terus dia masuk dapur siapkan bahan untuk buat cekodok ni demi memenuhi keinginan kakaknya ini. Masa dia tengah masak tu, fiza keluar kejap, balik-balik je, dah siap dah dalam pinggan ni ha . Ehh comel-comel pulak cekodok ni, saiz sfera dia sama je semua.haha . Kira persembahan kali ni memang WOW la :p



Tengok, comel-comel je kan, macam guli je. haha . Resepi untuk cekodok viral adik fiza ni boleh baca kat bawah,

RESEPI CEKODOK VIRAL

Bahan 

1. Tepung gandum - 2 cawan
2. Air Panas - 2 cawan
3. Susu atau gula - secukup rasa *adik fiza letak dua-dua
4. Minyak untuk menggoreng

Tips Penting !
-Air panas tu yang betul-betul panas menggelegak. First time buat hari tu guna air panas dari penapis air, result dia mendukacitakan.huhu
-Sukatan tepung gandum kena sama dengan air panas .

Cara-Cara

1. Gaulkan tepung gandum, susu/gula dan air panas (guna sudu sebab air panas kan) bagi sebati .
2. Bila dah jadi dooh, gentelkan bulat-bulat mengikut saiz yang korang suka.
3. Goreng menggunakan minyak yang betul-betul dah panas .

Done!

dalam 10 minit dah boleh makan dengan air kopi, aumm sedappp.

:)

9 comments

  1. selalu nampak dlam socmed..tp tu la... tak teringin lagi nk mencuba. mybe tk gemar makan makanan berminyk kot

    ReplyDelete
  2. Sedapnya... Elok je bulat2... SS wat selalu x jd bulat gitu

    ReplyDelete
  3. Hahaha comel jer .. saiz sama jer sebijik2..nnt nak cuba buat laaa. Tq kapija..

    ReplyDelete
  4. 1st time dkna buat pun tak comey.. nak buat lagi la sebab terliur tengok jeput kak pija ni hihiii

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤