Setelah Hampir 3 Bulan

Assalamualaikum .

Hello =)

Lamanya aku tinggalkan blog ni, hampir 3 bulan. Sepanjang berpantang hari tu, langsung tak menjengah, tak menulis disini. Nasib baik username & password ingat lagi, haha. Rinduuu

Kehidupan aku selepas menjadi mama ni banyak yang berubah dah. Yang paling ketara, rutin kehidupan seharian . Tapi yang pasti, setiap perubahan tu membawa keindahan yang telah lama aku dan suami nantikan dan ingin merasainya :)

Banyak sebenarnya kisah peribadi yang ingin aku kongsikan, tapi masa dan keadaan belum sesuai lagi, tunggu bila dah balik Putrajaya, betul-betul mengadap PC, line internet pun zasss laju, haa baru best nak bercerita. Cerita yang lama aku simpan untuk dikongsikan, tentang pengalaman dari hari pertama aku disahkan mengandung hinggalah lahir Khalifah Kecil comel yang Allah kurniakan ni :)


Perasaan menjadi seorang Ibu tu benar-benar menakjubkan. Sungguh, tak termampu nak digambarkan. 

TERIMA KASIH ALLAH.


Stay tuned ya untuk cerita fiza nanti!


7 comments

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤