Rawatan Sonotron Untuk Batuk Berkahak Bayi

Assalamualaikum .

Hello =)

Masuk hari ni, hampir 3 minggu dah baby fiza batuk. Kisah batuk ni bermula masa mula-mula fiza hantar baby ke Taska hari tu. Bermula dengan batuk sikit-sikit, lepas tu mula selsema dan selsema hilang, batuk makin kerap. Bila malam, lagi la kerap dan mendalam bunyi batuk tu. Serius, luluh hati tengok anak duk batuk-batuk, kadang-kadang ada bunyi berdehem, macam dia berusaha nak keluarkan kahak dalam tekak :'( 

Sepanjang baby batuk ni, dah 5 kali fiza dan husband bawa baby ke klinik, swasta 3 kali, klinik kerajaan 2 kali dan Alhamdulillah, setiap kali buat pemeriksaan doktor kata paru-paru ok, takde masalah. Oksigen dalam badan pun alhamdulillah ok. Tapi walaupun doktor kata semua ok, hati ni tetap rasa sedih dan tak sanggup nak tengok bila baby duk batuk-batuk kan. Baby baru 3 bulan, kecik lagi :'( kita yang orang tua ni kalau batuk pun rasa seksa dia, inikan pulak baby. 

Semua petua yang doktor sarankan untuk keluarkan kahak dalam tekak fiza dan husband buat. Lemon bath, buat garlic oil dan sapu kat belakang, dada, tapak kaki , letak sireh kat dada, steaming dengan air panas campur bawang putih. Tapi batuk dan kahak tak hilang jugak. Semalam memang dah buntu nak buat apa lagi, last-last fiza cuba tanya kawan-kawan melalui status FB fiza. Ramai jugak yang respone dan bagi cadangan tapi fiza tertarik untuk cuba satu rawatan yang disyorkan oleh kawan blogger Kaksue, Qaseh dan Lan iaitu terapi/rawatan Sonotron, katanya ramai yang dah cuba dan alhamdulillah berkesan.

Apa itu terapi SONOTRON?

Terapi Sonotron ialah rawatan tercanggih dimana ianya bebas daripada sebarang penggunaan ubat-ubatan & pembedahan kerana ianya dikendalikan secara luaran oleh juru terapi, ia memberi kesan serta merta kepada pesakit tanpa menggunakan dadah, ianya telah dicipta dan digunakan sejak thun 1987 lagi. Rawatan ini menggunakan teknologi dari Amerika Syarikat untuk mengeluarkan pancaran discaj yang berfrekuensi rendah, hanya 0.43 MhZ. Alat Sonotron ini menghasilkan tenaga dari pancara sinaran (Corona Discharge Beam). Kaedah rawatan unik ini terbukti berkesan dan ianya selamat.

Bagaimana rawatan Sonotron bertindak?

Terapi ini bertindak pantas dengan menyingkirkan radikal bebas berlebihan yang terdapat dalam sel yang bermasalah, sekali gus menghilangkan kesakitan dan simptom lain yang berkaitan. Setelah radikal bebas ini ditukarkan kepada Oksigen dan air, sel yang sakit berupaya untuk sembuh dengan serta merta secara semulajadi tanpa melibatkan ubat-ubatan.

Dan pada pagi Selasa lepas, terus fiza dan husband bawa baby ke pusat rawatan Sonotron ni yang terletak di Bangi iaitu Pusat Rawatan Sonotron Tawakal-Bangi . Rawatan ni memang betul tak menyakitkan, husband cuba kat tangan dia dulu, comfirm tak sakit baru dia berani nak lepas kat badan anak.hihi.


Masa mula-mula baringkan baby atas katil tu, juru terapi tu bawa mesin dia dengan bunyi bising, risau jugak takut baby nangis. Tapi alhamdulillah, anak mama good boy, rileks je dia mata tak berkelip tengok kakak cantik hala mesin tu kat badan.hihi. Proses rawatan mengambil masa dalam 15 minit je, dengan mesin bergelombang tu dihalakan ke tiga tempat iaitu badan, area tekak dan belakang baby. Ini baru rawatan pertama, kalau nak lagi elok, kata juru terapi kena buat dalam 2 atau 3 kali rawatan. Untuk rawatan seterusnya tak kisah nak buat bila asalkan kena tunggu selepas 7 jam dan jangan lebih seminggu dari rawatan pertama.

Selesai je buat rawatan, balik rumah baby berak, keluar habis lendir-lendir. Juru terapi tu ada cakap, kesan dia nanti kahak akan keluar samada melalui muntah atau najis baby dan baby fiza dia keluar melalui najis . Lega sangat. Selepas rawatan pertama, batuk dan kahak tu takdela hilang terus tapi much better daripada hari sebelumnya. Alhamdulillah sangat. So lepas nampak kesan positif tu, fiza decide untuk teruskan rawatan kali kedua.


Rawatan kedua fiza buat semalam. Alhamdulillah, baby tak menangis jugak. Balik rumah kesan dia sama, cuma makin banyak lendir kahak yang keluar melalui najis. Tidur malam pun lena je, batuk ada lagi cuma tak kerap dan tak mengganggu tidur baby. Tengok sehari dua lagi, fiza nak bawa untuk rawatan kali ketiga pulak. Sekali rawatan bayaran dia RM35 je untuk baby, tak mahal pun.


Kalau korang nak tahu rawatan Sonotron ni bukan untuk masalah batuk berkahak bayi je, untuk orang dewasa ada banyak lagi rawatan untuk penyakit lain yang boleh dibuat melalui rawatan ni. Korang boleh rujuk info di Facebook  untuk tahu lebih lanjut tentang rawatan Sonotron di Pusat Rawatan Sonotron Tawakal-Bangi ni eh.


Pusat Rawatan Sonotron Tawakal-Bangi

Alamat :
No.43A, Jalan 8/1, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Telefon :
013-276 2132 / 03-8210 3493

Facebook :

Waktu Operasi :
Setiap Hari 
8.00 pagi - 12.00 malam
TUTUP pada setiap Jumaat minggu 1 & 2

5 comments

  1. utk dewasa ada tak ? kahak tak habis2 ni.. huhu

    ReplyDelete
  2. Alaaa lama dah akak nak bawak baby buat rawatan ni sejak dia selsema hari tu, tapi selsema dah baik tak pergi pun. Tapi ramai cakap bagus rawatan ni.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atau perkongsian yang sangat menarik dan berguna nih sebab 1st time tahu pasal sonotron
    kalau sinetron tu tahu lah..hehe

    ReplyDelete
  4. dah ramai guna kaedah rawatan sosnotron nie...mst good feedback kan

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤