Shatavari, Milkbooster Terbaik Untuk Ibu Menyusu

Assalamualaikum.

Hello =)

Sebelum bersalin lagi, fiza dah niatkan dalam hati yang fiza sebolehnya nak susukan anak dengan susu badan sepenuhnya. Tekad tu fiza kuatkan dalam hati walaupun ada je yang bersuara suruh fiza ajar jugak bagi susu formula. Katanya senang bila hantar taska nanti, senang bila mama dia dah mula bekerja. Niat mereka baik dan fiza pun ada juga terfikir tapi pendirian dan semangat untuk bagi susu badan lagi tinggi, selagi boleh dan selagi mampu fiza nak fully breasfeeding kat baby. Tu sebab utama kenapa fiza tak pernah skip makan, tak pernah fikir tentang nak diet lagi buat masa sekarang.

Pernah juga masa awal-awal dulu, susu kurang. Fiza sampai menangis risau takut baby tak cukup susu dan nanti terpaksa bagi susu formula. Sedih sangat masa tu. Tapi alhamdulillah, fiza terus positif, amalkan pemakanan yang mampu meransang pengeluaran susu, follow macam-macam tips daripada orang berpengalaman dan sampai sekarang fiza masih menyusu badan kat baby. Terima Kasih Allah.

Milk booster untuk ibu yang menyusu sepenuhnya ni bagi fiza memang perlu selain kita menjaga pemakanan untuk pengeluaran susu yang berkualiti. Tambahan sekarang fiza dah mula kerja, jadi jadual rutin di ofis pun dah bertambah satu slot iaitu waktu untuk pam susu. Jadi, bila ada sesi mengepam, harapan untuk nak susu keluar banyak tu memang tinggi. Sebab tu, fiza mencuba macam-macam supplement untuk membantu tambahkan susu badan dan fiza jumpa satu supplement yang memang serasi dengan fiza iaitu produk daripada Himalaya, Shatavari.


Produk keluaran Himalaya ni memang tak dapat dinafikan lagi tentang kualiti dan keberkesanannya kepada pengguna. Maklum balas yang diterima daripada pengguna juga banyak yang positif. Shatavari ni merupakan produk yang menggunakan 100% herbal Indian Asparagus dan dijamin halal kerana penghasilannya adalah daripada bahan semulajadi iaitu ekstrak herbal tulen. Ianya dalam bentuk kapsul, jadi tak ada masalah nak telan.


Untuk info, Shatavari ni dah digunakan semenjak 1000 tahun yang lalu yang memberi tumpuan kepada wanita sebagai tonik untuk kesuburan. Produk ni merupakan produk herba yang paling diperlukan oleh wanita kerana ianya dapat membantu dalam mengembalikan dan menstabilkan sistem hormon dalaman wanita termasuk untuk wanita yang baru bersalin. Selain itu, kebaikannya juga adalah untuk memastikan penghasilan susu ibu yang konsisten dan berkualiti, sesuai untuk keperluan bayi setiap hari. Disebabkan kebaikan ni la, fiza consume dengan shatavari sekarang.


Sekarang ni baby dah masuk 4 bulan, rutin menyusu dah makin kerap. Kalau sebelum ni baby jarang sedar waktu malam, sekarang bila malam je mesti dia sedar dalam dua atau tiga kali merengek-rengek manja nak susu.hihi. Lepas menyusu, tido balik. Sejak mengamalkan Shatavari ni, air susu alhamdulillah meriah. Baby pun puas menyusu. Semoga niat fiza nak menyusu baby sampai usia dia 2 tahun tercapai. Tolong aminkan plsss


Shatavari ni didatangkan dalam botol yang senang untuk kita bawa, botol pun tak besar dan tak berat. Harga sebotol yang mengandungi 60 biji kapsul ialah RM54 sahaja dan cara pengambilannya ialah 2 biji sehari. Fiza ambil sebiji pagi dan sebiji malam. Untuk dapatkannya korang boleh terus ke mana-mana outlet Himalaya yang biasa ada dalam shopping mall atau di mana-mana farmasi kecuali Guardian dan Watsons. Kalau tak silap, dalam Lazada atau Shopee pun ada jual.


Info Lanjut :

Instagram : himalayamalaysia



8 comments

  1. Alhamdulillah akak pun amalkan Shatavari ni, memang berkesan!

    ReplyDelete
  2. meriah susu k.sal lepas consume shatavari ni...Alhamdulillah syukur ..

    ReplyDelete
  3. Semoga makin meriah susu untuk baby Noah , inshaaAllah ada dont stress2 hihi shatavari mmg okay

    ReplyDelete
  4. ramai kata bagus produk nih untuk ibu2

    ReplyDelete
  5. baru perasan link blog dah bertukar eh. ni baru lah macam masuk blog mak mak haha

    ReplyDelete

  6. ain datang terjah blog sini.-farahain zfa-

    ReplyDelete
  7. meriah laa susu lepas amik supplment himalaya

    ReplyDelete
  8. Tempoh hari wife ada ambil pil milk booster farmasi tetapi kesan sampingan kegatalan kulit. Terus stop.

    Sekarang ini hanya mengamalkan menu yang boleh mengalakkan susu.

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤