Suntikan Vaksin Pneumokokal di Rampai Puteri Medical Centre

Assalamualaikum .

Hello =)

Dalam entry sebelum ni, fiza ada cerita pasal baby fiza yang selalu kena batuk dan berkahak kan, dan rawatan sonotron jadi pilihan fiza dalam ikhtiar untuk sihatkan kembali anak lepas beberapa kali jumpa doktor. Walaupun dengan rawatan Sonotron alhamdulillah berkesan dengan baby, tapi setiap kali hantar ke taska masalah sama tetap jadi. Benda memang tak boleh nak elak selagi anak dihantar ke taska. Bila sering batuk dan berkahak ni, apa yang paling merisaukan fiza ialah takut ada jangkitan kat paru-paru dan macam-macam lagi jangkitan yang berkaitan dengan batuk ni. 

Masa Check-up 4 bulan hari tu, fiza ceritakan masalah ni kat nurse dan doktor, dan mereka memang cakap benda ni biasa terjadi pada baby dan apa yang nurse dan doktor suggest untuk nak elakkan jangkitan akibat batuk ni ialah dengan mengambil suntikan Vaksin pneumokokal untuk Baby. Vaksin apa ni? first time fiza dengar. Vaksin ni ialah sejenis suntikan imunisasi yang boleh diberikan kepada bayi dan kanak-kanak sebagai langkah pencegahan berlakunya jangkitan kuman di paru-paru yang dikenali sebagai penyakit Pneumonia. Penyakit ni pulak memang mudah dan kerap kena pada kanak-kanak bawah 5 tahun dan terjadi disebabkan bakteria, fungus, virus yang menyebabkan jangkitan pada hidung dan membawa ke paru-paru. Bakteria pneumokokal ni pulak boleh tersebar melalui udara dan biasanya dijangkiti melalui batuk dan bersin atau melalui sentuhan secara langsung. Menurut portal MyHealth, bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan kritikal lain selain jangkitan / radang paru-paru iaitu meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak), sepsis (jangkitan dalam darah), sinusitis (jangkitan pada sinus), otitis media (jangkitan telinga tengah). Allahu, takut bila baca kesan teruk yang mungkin berlaku ni :( . 

Vaksin ni ada dua jenis iaitu, 

-Pneumoccocal Conjugate Vaccine 10-valent (PCV10)(Synflorix)- melindungi kanak-kanak dari 10 jenis bakteria pneumokokus.

-Pneumococcal Conjugate Vaccine 13-valent (PCV13) (Prevenar)- melindungi kanak-kanak dari 13 jenis bakteria pneumokokus.

Harga dia pun berbeza mengikut jenis vaksin. Biasanya yang Synflorix lebih murah daripada yang Prevenar . Harga dia pulak dalam lingkungan RM190-RM300 untuk satu dos. Jumlah dos pun berbeza mengikut usia baby. Usia 6 bulan ke bawah 4 dos , 6 bulan hingga 12 bulan 3 dos dan usia 2 tahun ke atas 2 dos. Suntikan Vaksin ni tidak diwajibkan di klinik kesihatan  dan kita perlu dapatkan di hospital atau klinik swasta dengan caj tertentu. Vaksin pneumokokal ni kebiasaanya doktor memang akan sarankan untuk mommies yang bekerja dan hantar anak ke taska. 

Banyak klinik yang fiza dah survey untuk dapatkan suntikan vaksin ni, dalam duk survey tu, ternampak blogger Ben Ashaari post di blog dia pasal dia buat check-up anak di Rampai Puteri Medical Centre. Baca review dia pasal service kat situ bagus dan puas hati, fiza terus call untuk buat temujanji. Temujanji fiza set pada Sabtu lepas jam 1.00 tengahari.

Hari sabtu tu, fiza dan husband terus ke Rampai Puteri Medical Centre untuk temujanji suntikan vaksin pneumokokal sekali dengan buat check-up baby. Alhamdulillah, senang je cari Rampai Puteri Medical Centre ni, parking pun dapat betul-betul depan hospital. Ya, Rampai Puteri Medical Centre ni hospital, fiza pun mula tu ingatkan klinik, rupanya kat sini siap ada wad dan pelbagai service untuk wanita termasuk pemeriksaan ibu mengandung dan pakej bersalin.



Masuk je pintu hospital, fiza di sambut dengan senyuman manis daripada staff di kaunter, urusan daftar dibuat dan tak lama lepas tu, nama baby dipanggil untuk jumpa dengan  Pakar Pediatrik iaitu Dr.Fadzlina Abdul Aziz yang sangat friendly dan menyenangkan. Fiza bagitahu tujuan kedatangan dan doktor faz terus tanya fiza tentang apa yang fiza tahu pasal vaksin ni. Haa, fiza apa lagi, semua info yang fiza baca tu, fiza bagitahu kat doktor balik.hikhik. Ada beberapa soalan juga la Dr.faz ajukan pada fiza, mungkin doktor nak tahu sejauh mana pengetahuan fiza pasal vaksin ni.  Memang bagus macam ni sebab at least banyak benda yang kita tak tahu, kita akan tahu. Lepas tu, doktor pulak bagi penerangan pada fiza dan husband tentang suntikan vaksin pneumokokal dan penerangan Dr.Faz sangat-sangat terperinci dan banyak sangat info yang fiza dapat.




Selesai sesi penerangan, Dr.Faz ambil baby untuk pemeriksaan pulak. Fiza dan husband memang puas hati sangat tengok cara Dr.Faz lakukan pemeriksaan, sangat berhati-hati dan menyeluruh. Baby pun nampak selesa dan kemain happy duk tegur, sengeh-sengeh kat doktor.




Hasil pemeriksaan, alhamdulillah semua mengikut tumbesaran baby. Berat pun dah 6.4kg dah. Selesai pemeriksaan, nak suntik vaksin pulak. Hero menangis kejap, doktor dukung, agah-agah sikit, terus sambung borak dengan doktor. hikhik


Temujanji untuk suntikan berikutnya ialah pada bulan Jun nanti. Fiza ada tanya jugak, baby akan demam ke lepas suntikan ni dan doktor kata kebiasaanya tak demam. Tapi, doktor tetap bekalkan ubat demam untuk persediaan kot-kot baby demam.

Secara jujurnya, fiza memang puas hati sangat dapatkan rawatan kat Rampai Puteri Medical Centre ni. Untuk ibu-ibu yang nak buat check-up anak atau ibu mengandung yang nak buat scan, fiza memang rekomen untuk datang ke sini. Harga dia pun ok, berbaloi dengan perkhidmatan yang diberikan :) Untuk info lanjut atau nak buat temujanji, boleh telefon nombor di bawah ye :)

Rampai Puteri Medical Centre : +603 4131 2039


15 comments

  1. woo menarik.. bleh sajes kt kawan2

    ReplyDelete
  2. pernah dulu k.sal ke sini..layanan memang terbaik..baik preggy atau check up anak, sangat puas hati

    ReplyDelete
  3. Bagusnyaaa kkdg mahal skit pun pejam mata kalu part kesihatan anak ni,tambah2 service bagus lagi la ok

    ReplyDelete
  4. ehh ! pening vaksin ni. nice sharing

    ReplyDelete
  5. Tak sabar nak bawak Aiyra dapatkan suntikan ni jugak kat klinik ni.

    ReplyDelete
  6. Wah menarik juga walaupun sis beluma da anak , tapi bole rekomen kan tempat ni kat sedara mara atau opismate

    ReplyDelete
  7. Abg Qi pun dah dptkan vaksin ini 5 tahun lepas...bagus tau fiza bg awal...cegah sebelum terlambat...wah nampak selesa la hospital ni...nanti nak pergi la nak ambil ubat cacing utk abg Qi tu.

    ReplyDelete
  8. Bestnya servis Rampai Puteri ni , alhamdulillah .. bila bercampur dengan budak2 memang risiko so kena jugak amik pencegahan dr awal hehe

    ReplyDelete
  9. Hari tu tengok orang post kat facebook pasal Rampai Puteri. Bagusnya services sana

    ReplyDelete
  10. Kalau servis bagus, bayar macam mmahal manapun tetap puas hati kan. comelnya babyyyy :)

    ReplyDelete
  11. tak taw nak komen ape hahahhahha bujang taw taw apa hahaha

    ReplyDelete
  12. Serius sini memang perkhidmatan yg bagus..

    ReplyDelete
  13. Bagus la servis dia..teliti doktor cek..kalau p klinik biasa cek gitu je..boleh la cuba nanti dekat sini

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤