Tshirt Muslimah Selesa Dan Tak Perlu Iron By HanaTajuddin


Assalamualaikum.

Hello =)

Sejak menjadi ibu ni, rasanya dah lama fiza tak shopping beli baju sendiri. Bukan tak nak beli, tapi entah lah, rasa macam dah blur nak pilih mengikut saiz sendiri. Tambahan lagi kalau nak membeli online, haa lagi la takut, risau takut tersalah beli yang ketat la, kang kain jenis melekap kat badan ke. Hm, pening. Sekarang ni pulak, perkara utama yang fiza titikberatkan dalam bab pemilihan pakaian untuk keluar berjalan ialah dari segi keselesaan dan yang memudahkan fiza bergerak dan dukung anak. Simple dan selesa.

Cerewet dalam memilih pakaian memang perangai fiza dari dulu lagi, sekarang perangai cerewet tu dah bertambah dua kali ganda kot. Baju nak yang tak perlu nak kena iron bagai, senang, ambik je terus sarung, bila duduk, dukung anak pun tak berkedut. Haa kan senang macam tu. Takde la nampak selekeh sebab baju berkedut ke apa. haha. Memang susah nak cari baju yang jenis macam ni sehinggalah fiza jumpa dengan koleksi baju muslimah Basic Tee 2.0, Teelicious keluaran Hana Tajuddin ni. Baju ni bukan jenis blouse tapi tshirt muslimah yang sangat selesa dipakai.



Basic Tee 2.0 Hana Tajuddin, T-Shirt Muslimah Labuh, Selesa dan Tak Perlu Iron

Apa yang paling fiza suka tentang Basic Tee 2.0, Teelicious Hana Tajuddin ni ialah dari segi material kainnya yang jenis stretchable dan tebal. Walaupun tebal, kainnya jenis yang tak panas dan menyerap peluh. Jadi, kalau keluar seharian dengan baju ni pun memang takde masalah. Part yang paling best ialah tentunya bila fiza tak perlu nak penat-penat iron baju ni.  Sekarang ni masa nak siapkan anak lagi lama dari nak siapkan diri sendiri, jadi bila dapat baju yang tak perlu iron tu memang bonus sangat lah. 




Selain tak perlu nak iron, Basic Tee 2.0 Hana Tajuddin ni juga menepati ciri-ciri pakaian muslimah, labuh dan menutup pinggul selain ianya tidak melekap di badan. Cutting dia jenis straigh dan tak mengikut bentuk badan selain sangat mesra wuduk . Tak ada masalah nak ambik wuduk, lipat je lengan baju tu sebab kain dia jenis material stretchable.



Nak bergambar ootd sekarang takde dah dengan handbag bagai, handbag pun tak tahu mana letak dah. haha. Diapers bag ni je jadi peneman ke mana pergi. Pakai tshirt ni, tak perlu risau bahagian bahu renyuk ke apa sebab pikul beg , nak duduk pun tak payah nak angkat-angkat baju sebab takut berkedut ke apa. Memang elok je macam di iron.Oh ya, bahagian tepi dia ada belahan sikit, sesuai untuk gaya semi kasual :)



Apa yang menariknya jugak tentang baju ni selain untuk bergaya, korang juga boleh pakai untuk pelbagai aktiviti lain seperti untuk bersukan atau nak pakai pergi jogging pun boleh. Baju ni kan kain dia jenis yang serap peluh dan stretchable,  so memang selesa pakai untuk beriadah. Nak pakai untuk program family day pun sesuai ni, boleh pakai untuk bersukaneka. Dengan Basic Tee 2.0 Hana Tajuddin ni memang boleh jimat duit korang, sehelai baju tu, boleh pakai untuk macam-macam aktiviti tau. 

Saiz baju yang fiza pakai ni saiz M, padan elok dengan fiza . Warna dia pun cantik! korang boleh terjah website Hana Tajuddin untuk tengok 10 pilihan warna yang ada. Semuanya cantik-cantik dan sesuai nak dipadankan dengan seluar atau skirt. Untuk baju yang fiza pakai ni, kod warna dia Gold. 



So, korang yang berminat nak dapatkan Basic Tee 2.0, Teelicious Hana Tajuddin ni, boleh terus ke website / laman sosial Hana Tajuddin atau ke butik di alamat seperti dibawah.

Alamat MiniShowroom :

HANATAJUDDIN
C-23-1, Jalan Serai Wangi L/16L, Sek 16, Alam Avenue 2, 
40200 Shah Alam, Selangor.

Telefon : 
+603-55240841

Waktu Jualan :
Setiap Hari | Jam 9.00 pagi - 6.00 petang

Instagram : @HanaTajuddin
Facebook : HanaTajuddinHT


11 comments

  1. Cantiikk kak fiza pakai... Baju ni mmg best... Takyah iron. Senang untuk ibu ibu... Hehehe... Nak jimat masa kan.

    ReplyDelete
  2. sesuai sangat dengan ibu yang ada anak kecil macam Fiz kan..

    ReplyDelete
  3. cantiknya! gambar cantik, baju cantik , si pemakainya pun cantik. =)

    ReplyDelete
  4. cantiknya awak mengenakan tshirt dari hana tajuddin ni...sesuai warna itu dengan awak...hihihi

    ReplyDelete
  5. Wow hot mummy ni... ada anak sorang pun selim. Baju tu pun bantu nampak selim kan

    ReplyDelete
  6. Cantik kapija , Noah hensem ! Hihi

    ReplyDelete
  7. cantik kak pijaa... lisapun suka baju ini sebab tak perlu iron hahaha

    ReplyDelete
  8. phewwiittt, lawanyaa baju HT ni

    ReplyDelete
  9. Cantik dan nampak selesa. Tak perlu iron tu yang best!

    ReplyDelete
  10. cantik.. selesa jer tengok fiza guna. macam kena beli juga satu ni.. sebab macam ina,kadang tu,tak sempat sangat nak menggososk..ehehehe.pemalas kan ina..

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤