Butik Barangan Keperluan Ibu dan Bayi Mom's House, Bangi

Assalamualaikum.

Hello =)

Sekarang ni kan, fiza obses betul dengan barang-barang baby. Serius tak boleh tengok kedai yang jual barang baby mesti kaki cepat je nak masuk, husband pun sama. Dalam kepala kami ni, cuma fikir nak shopping untuk anak je. Sekali masuk mana-mana kedai, mesti ada beli apa-apa walaupun satu barang je .haha. Kalau butik barangan bayi dalam Putrajaya dan Bangi ni, rasanya semua fiza dah tinggal jejak dan ada resit membeli :p 

Dalam entry kali ni fiza nak share dengan korang , mommies atau bakal mommies tentang satu butik barangan keperluan ibu dan bayi iaitu Mom's House yang baru membuka cawangannya di Bangi Gateway, Bangi. Last week fiza berkesempatan hadir untuk acara grand opening butik ni dan majlis ni memang meriah sangat dengan adanya pelbagai acara menarik untuk pengunjung yang hadir. 



Kemeriahan grand opening butik Mom's House ini bertambah dengan kehadiran Sari Yanti dan Belle Al-Yahya yang datang untuk sesi perasmian dan penyampaian hadiah kepada pemenang untuk beberapa acara yang dipertandingkan.




Humaira tengok apa tu sayang? 

Sebenarnya kan, masa sampai kat butik ni, rasa teruja giler. Fiza duduk kejap je kat kerusi dalam khemah tu lepas tu entah apa emcee duk cakap kat depan fiza tak dengar, terus masuk dalam butik je. haha, dan bila masuk je, waaaaa penuh dengan pelbagai jenis barangan untuk bayi dan ibu. Berpinar mata tengok sale dimana-mana oikk



Lama fiza duk menjelajah dalam butik ni. Paling best, pelbagai barangan keperluan untuk ibu berpantang, menyusu dan bayi daripada pelbagai jenama ada di jual disini. Murah-murah pulak tu.



Barut perut baby tu lawa-lawa sangat, kenapa laa time fiza pregnant dulu tak jumpa yang comel-comel macam ni -.- 



Pelbagai jenama pump susu ada kat sini. Brand Malish tu yang fiza guna sekarang. Sedihh wehh tengok harga kat sini murah berbanding harga yang fiza beli hari tu. Uwaa. Banyak pulak tu beza 


Tahu tak, fiza geram je nak beli nursing pillow ni, dah la murah, lembut pulak tu. Dari beli online, baik datang kat sini beli terus. Tapi Noah dah besar, takdenya dia nak duduk sopan sambil menyusu atas pillow ni. Masa Noah new born , fiza guna nursing pillow ni untuk menyusu, dan memang sangat selesa untuk ibu, tambahan untuk ibu yang czer macam fiza. 






Bengkung berzip pun ada kat butik Mom's House ni. Senang nak pakai waktu dalam pantang 


Haaa, krim telon ni fiza tengah guna sekarang untuk sapu kat perut, belakang, betis dan tapak kaki Noah setiap kali lepas mandi. Memang best sangat. Payah betul nak jumpa krim ni tapi kat Mom's House ni ada. Lepas ni kalau habis stok senang, fiza datang beli kat sini je :)

Hampir 2 jam fiza di sini, habis jugak la RM200 lebih beli barang kat butik ni. Apa yang fiza beli? salah satunya benda ni,


Tinggal satu je stok. Dah lama nak beli tapi tak terbeli. Hari ni jumpa kat sini haa terus beli. Noah gembira, mama bahagia.gituuu


By the way, korang yang sedang mencari barangan keperluan untuk bersalin atau apa sahaja barangan bayi, cepat-cepat datang ke Mom's House ni sebab sekarang mereka ada buat sale sempena pembukaan butik. Boleh jimat banyak kalau pegi time sale ni :)


Jadi untuk bakal mommies dan mommies, apa tunggu lagi, cepat kunjungi butik Mom's House untuk penuhi segala keperluan persiapan bersalin, menyusu dan bayi. 

Info Lanjut 

Alamat :

Mom's House Baby Shop Bangi
B-17-G, Bangi Gateway shopping Complex
Persiaran Pekeliling Seksyen ,
43650, Bangi Selangor.



3 comments

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤