Set Menu Berbuka Puasa Murah di Restoran Hugo's KL, Hotel Ramada KLCC

Assalamualaikum .

Hello =)

Cepat betul Ramadhan berlalu dari hari ke hari. Dah masuk hari ke-8 ni macam mana puasa semua? Oke tak? macam fiza, setakat ni alhamdulillah oke lagi . Cuma satu je yang buat pening, setiap hari bila masuk je waktu tengahari, dalam kepala dah mula fikir apa nak masak untuk berbuka nanti. Haha, memanggg pening cari idea. Tambah-tambah bila mintak idea daripada husband, jawapan dia cuma 'tak kisah, masak la apa pun' . huks .

Untuk korang yang kadang-kadang datang pening macam fiza ni, atau dah bosan beli makanan kat bazar ramadhan tu, meh fiza nak kongsi dengan korang satu tempat makan yang sedap dan murah untuk berbuka bila idea untuk masak tu takde, atau mungkin nak bertukar selera rasa masakan kat tempat lain pulak kan. Tempat fiza dan family berbuka baru-baru ni di sebuah hotel tapi dengan harga dalam bajet kita :) Kat mana tu? haa tempatnya di Restoran Hugo's KL, Ramada KLCC.


Apa yang fiza suka ketika berbuka disini ialah suasananya yang santai dan  sangat selesa. Penting untuk korang tahu, walaupun terdapat jugak bar di hotel ni, tapi cafe yang disediakan untuk berbuka puasa tetap terjaga dan makanannya adalah HALAL. Jadi, part tu korang tak perlu nak risau ya. Chef yang masak pun chef beragama islam yang sangat berpengalaman dalam bidang masakan . Sebab tu fiza kata makanan kat sini semua sedap-sedap. Menariknya lagi, pilihan juadah yang terdapat disini ialah merupakan 5 set menu masakan tradisional melayu yang memang kena dengan selera kita.




Apa menu yang sedap tu? haa meh nak tunjuk,

1. Nasi Beriani Ayam 




2. Nasi Tomato Ayam Merah



3. Sambal Udang, Nasi dan Sayur



4. Nasi Kerabu Ayam Percik





5. Ikan Merah Masak Asam Pedas Bendi




Setiap set menu ni korang boleh pilih sama ada nak tambah samosa atau murtabak daging dan pilihan air pula teh tarik atau sirap bandung.



Dan setiap set ini hanya berharga RM25.00 sahaja. Murahh kan! Mana nak dapat harga juadah berbuka puasa kat hotel di KL tu dengan harga murah macam ni So korang apa tunggu lagi, cepat call untuk tempahan dan datang makan beramai-ramai dengan keluarga atau kawan-kawan. Promosi ni sah bermula 17 Mei 2018 hingga 14 Jun 2018 sahaja ya.

Info Lanjut 

Tempat : Restoran Hugo's KL, Ramada KLCC

Telefon Untuk Tempahan : 03-2386 9288 samb 9218


7 comments

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤