Resepi Ketam Masak Sambal

Assalamualaikum .

Hello =)

Entry kali ni fiza nak share dengan korang resepi Ketam Masak Sambal yang fiza buat hari tu (actually masa bulan puasa hari tu lagi,hee), dan ni la pertama kali fiza basuh ketam, masak ketam. Haha. Fiza sebenarnya tak makan ketam, husband pun tak suka sangat, ni adik fiza la yang teringin sangat nak makan. Ketam ni dia beli kat Pasar Borong Selangor, 5 ekor dengan harga RM65, bagi fiza murah  dah harga tu sebab ketam dia besar dan segar sangat!.


BAHAN-BAHAN 

5 ekor ketam ( salut dengan telur dan garam, lepas tu goreng kejap)
4 daun limau purut
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
garam
gula
minyak untuk menumis

Bahan Kisar :

1/2 halia
10-15 tangkai cili kering
6-7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

CARA MASAK

1.Goreng ketam yang dah bersalut dengan telur tu kejap je bagi ketam nampak kekuningan. Siap goreng, masuk dalam pinggan letak tepi dulu.

2. Guna minyak yang sama, tumiskan bahan tumis sampai naik bau .

3. Masukkan sos cili , sos tiram dan daun limau purut. Kacau

4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

5. Akhir sekali, masukkan ketam dan kacau. Biarkan sekejap biar semua sebati .

Siap!







10 comments

  1. sedap nampak gambar, kebetulan kin mmng peminat ketam tapi tak reti masak ketam. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak macam kakfiza buat ni, senangg je

      Delete
  2. nakkkkkkkk ai die hard fan ketam hahahhaha

    ReplyDelete
  3. huishhh sedap kak. nanti singgah balik bila nak masak ketam

    ReplyDelete
  4. wow.. fiza... bestnya ketam masak sambal ni.... dh lama akak tak makan

    ReplyDelete
  5. ya Allah sedapnyaaa weh tengok cemni. menjejes ailio tetiba. lemah jiwa tol seafood cemni =D

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤