3 Manfaat Kesihatan Bagi Suntikan Botox

Assalamualaikum.

Hello =)

Bila sebut je tentang Botox, perkara pertama yang terbayang di kepala kita ialah ianya rawatan untuk orang-orang kaya dan terkenal nak kelihatan cantik serta lebih muda. Rawatan ni juga bukan murah ya, perlu kan kos yang agak tinggi dan kerana itu, hanya golongan tertentu sahaja yang mampu membuat rawatan ini.  

Apa itu rawatan Botox? 

Secara umumnya, rawatan Botox adalah salah satu rawatan anti-penuaan yang dilakukan untuk menghilangkan atau mengurangkan kesan kedutan dan tanda penuaan lain pada wajah. Prosedur ini menggunakan toksin daripada bakteria yang dikenali sebagai Clostridium Botulinum yang mana ianya mampu menyingkirkan kedutan kulit tanpa menyebabkan kesan sampingan yang buruk. Setiap rawatan Botox anti-penuaan yang dilakukan dapat menjadikan wajah bebas daripada kedutan selama 12 bulan.


Sejak dulu lagi, rawatan Botox digunakan secara meluas dalam perawatan kecantikkan bagi golongan kelas atasan. Tetapi sejak kebelakangan ini, rawatan Botox semakin hari semakin popular dikalangan kita dan kegunaannya bukan tertumpu hanya pada kecantikkan tetapi bermanfaat dalam merawat beberapa masalah yang sering melanda sesetengah orang. Berikut adalah beberapa kegunaan rawatan Botox yang tidak dijangka yang mana tidak semua orang ketahuinya.

Peluh Berlebihan (Hiperhidrosis)


Masalah peluh yang keterlaluan atau penyakit Hiperhidrosis adalah penyakit pada kelenjar peluh yang tidak henti-henti mengeluarkan peluh dan mengakibatkan orang yang menghidapinya berpeluh-peluh walaupun berada di tempat yang berhawa dingin. Masalah yang dihadapi oleh ramai orang pada setiap peringkat usia tidak kira lelaki atau perempuan.

Pada kebiasaannya, pengeluaran peluh yang berlebihan ini boleh berlaku pada pelbagai bahagian badan terutamanya di bahagian tapak tangan, muka dan ketiak. Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan rasa tidak selesa tetapi juga boleh menimbulkan rasa malu pada mereka yang menghidapnya apabila kesan peluh itu kelihatan pada pandangan orang lain atau berbau terutamanya dibahagian ketiak.


Dengan menggunakan Botox, masalah ini dirawat melalui suntikan yang menghalang bahan kimia di dalam saraf yang mencetuskan pengeluaran peluh. Pakar Botox akan menyuntik Botox dikawasan yang dimana peluh yang berlebihan itu dihasilkan seperti di ketiak, muka, tangan atau kaki. Melalui suntikan ini, aktiviti pengeluaran kelenjar peluh akan berkurangan dan kesannya boleh dilihat selepas seminggu rawatan dijalankan serta mampu bertahan dalam masa 6 hingga 8 bulan. Rawatan tambahan perlu dilakukan untuk mengawal masalah ini daripada berlaku kembali.

Migrain Kronik

Rawatan Botox merupakan rawatan altenatif yang sangat berkesan bagi mereka yang sering mengalami serangan migrain dan apa yang mengejutkan, kesakitan yang ditanggung boleh hilang serta merta sebaik sahaja suntikan botox ini diberikan kepada pesakit. Bagaimana ianya bertindak? Botox akan bergabung dengan hujung saraf dan menghalang bahan kimia aceylchiline daripada dilepaskan hingga melemahkan otot penyebab sakit kepala. Rawatan ini melibatkan suntikan ke bahagian-bahagian tertentu kepala dan leher untuk melegakan otot dan hujung saraf. Walau bagaimanapun, sebelum rawatan ini dijalankan, doktor akan menjalankan pemeriksaan lengkap untuk mengenalpasti apakah punca migrain ke atas seseorang pesakit itu.

Bleharospasm 

Bleharospasm ialah kenyitan mata yang tak terkawal yang lazimnya berlaku selepas strok, kecederaan otak atau saraf muka. Suntikan botox pada otot di sekeliling mata, boleh mengurangkan simptom ini dan melumpuhkan otot-otot penyebab masalah ini berlaku. 


 
Walaupun rawatan Botox ini memberi kesan yang cepat kepada pesakit seperti yang fiza kongsikan di atas, namun perlu diingat bahawa untuk mendapatkan rawatan ini perlukan bimbingan dan pemeriksaan terperinci daripada doktor yang pakar dan berpengalaman dalam mengendalikannya. Jangan sesekali cuba untuk mengambil suntikan botox ni tanpa pengawasan daripada doktor.



No comments

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤