Ganti Rugi Cermin Kereta Retak Akibat Mesin Rumput

Assalamualaikum .

Hello =)

Kejadian pagi tadi kereta kawan baik fiza yang duk kat parking kereta klinik, retak seribu cermin belakang sebab terkena batu-batu orang mesin rumput. Mula tu dia tak perasan, bila masuk kereta, nak gerak bunyi macam crack kat belakang. Pusing belakang tengok berkecai cermin. Fiza tengok pun boleh hancur jiwa oikk.


Memang syak orang mesin rumput je sebab cara merekah tu macam kena batu. Terus dia cari orang yang mesin rumput area situ, nasib baik jumpa. Dan yang nasib baiknya jugak, orang mesin rumput tu pun rileks je mengaku takde nak argue ke apa. Urusan kawan fiza tadi mudah sungguh, orang mesin rumput tu maklumkan kat penyelia dia yang kebetulan ada berdekatan, dan penyelia tu pulak terus hubungi majikan. Majikan syarikat mesin rumput tu bercakap dengan kawan fiza melalui telefon dan, settle! dia kata syarikat akan bayar kos tukar cermin dan tinted kereta. Dan benda yang fiza baru tahu hari ni, rupa-rupanya mereka memang akan bersedia dengan kes-kes macam ni. Ganti rugi akan diberikan serta merta kepada owner kereta kalau berlaku kerosakan akibat kerja mesin rumput ni. 


Fiza siap tanya penyelia dia tadi, kes macam ni memang biasa jadi ke. Dia jawab , kadang-kadang sampai dua tiga kereta sehari kena batu akibat mesin rumput ni . Kira ok la kan, syarikat bertanggungjawab dan dah memang ada peruntukan untuk kerosakan akibat pekerja yang mesin rumput ni. Kejadian kawan fiza ni kat Putrajaya, kalau kat tempat lain fiza tak pasti.

Kereta kawan fiza tu terus hantar bengkel untuk tukar cermin dan tadi, siap semua. Kos RM500, syarikat terus bank-in kat kawan fiza. Alhamdulillah, mudah urusan dia. 


4 comments

  1. alhamdulillah..Allah permudahkan urusan

    ReplyDelete
  2. aaa sedihnyaaa ! ada hikmah tuu

    ReplyDelete
  3. baguslah jenis syarikat yang bertanggungjawab...kalau tidak melayang duit sendiri...

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤