Encore Melaka, Tarikan Terbaru Di Melaka

Assalamualaikum.

Hello =)

Last week fiza dan keluarga ke Melaka untuk hadir ke majlis Konvokesyen adik fiza. Tak lama pun kami kat sana, kira macam short vacay je lah sebab dah lama tak berjalan dengan keluarga kan. Alang-alang dah ada urusan tu, kami habiskan masa sebaiknya berjalan dan cari tempat makan yang sedap-sedap sekitar Melaka tu. 

Ohh, pasal konvo tu, adik fiza yang di haa yang konvo tu .


Wida. Dulu dia blogger jugak, tapi lepas dia sambung study, blog pun terkubur dah. 

Oke,berbalik kepada short vacay fiza dan keluarga ni, ada la dua tiga tempat yang sempat kami jejakkan kaki tapi yang paling fiza suka ialah di Encore Melaka . Kenapa disini? Sebab tempat dia lawa giler untuk berfoto weyh! Serius, kalau korang kaki bergambar , memang wajib datang tempat ni. Bila dalam gambar, rasa macam kat luar negara pulak, ecehh. HAHA. 


Encore Melaka ni terletak di Kota Syahbandar. Kalau nak masuk dalam teater tu kena bayar la, tapi kalau setakat nak bergambar kat luar , free je. Oh ya, Encore Melaka ni sebuah teater ya. Lebih tepat, teater paling besar di Asia Tenggara dan persembahan teater yang di tayangkan ialah berkisar tentang sejarah dan budaya Melaka. Kalau korang berkesempatan, boleh la menonton teater kat dalam tu. Masa fiza datang ni, ramai pelancong asing yang datang menonton. Meriah. 


Noah mengamuk tak nak bagi kerjasama dah time ni. Berpeluh dah dia, mana tak nya, masa fiza pegi matahari tengah terpacak kat kepala. HAHA panas cenggg . Tapi demi nak bergambar , kami harung jugak. Noah kejap je kat sini, lepas tu tokmi dia ambik bawa ke surau. Surau dia besar sangat dan selesa dan sejuk!


Dah Noah tak nak bergambar, bagi can kat mama dan papa dah bercanda di tengah panas terik ni ya sayang. Husband pun kejap je boleh tahan, peluh meleleh. So korang, kalau tak nak panas sangat, datang la petang sikit. Fiza datang time ni sebab taknak orang ramai sangat. Kalau petang makin ramai orang bergambar kat sini. Memang Encore Melaka ni dah jadi salah satu tempat tarikan untuk bergambar sejak viral kat twitter hari tu. Fiza tahu tempat ni pun dari twiderrr

Throw that cap to the sky because that`s the limit to how high you can go now :)


Banyak gambar kami kat sini, gambar lebih kurang je semua beza posing je. Haha. Satu lagi, kalau nak bergambar kat sini better pakai pakaian colour dark atau dengan kata lainnya jangan pakai baju warna putih. Nanti tenggelam pulak dalam gambar sebab tempat ni dah memang putih.
Fiza ni bab ambik gambar so so je, korang kalau hebat ambik gambar, mesti lagi cantik hasilnya! Nanti kalau datang ke Melaka, jangan lupa snap gambar cantik-cantik kat sini ya! :)

Untuk yang berminat nak tengok teater di Encore Melaka ni boleh refer harga tiket di sini 
https://encore-melaka.com/ticketing/ atau hubungi +606 270 7700 (Customer Service). Lokasi dia korang waze je ENCORE MELAKA, comfirm jumpa.



12 comments

  1. cantik tempatnya...boleh dijadikan satu port untuk ambil gambar yang menarik.

    ReplyDelete
  2. pergi hari yang sama, takde jodoh nak jumpa kakpijaa kat sini

    ReplyDelete
  3. Tahniah adik fiza....
    cantik tempat dia

    ReplyDelete
  4. Bestnya! Cantik laaa tempat ni, memang best ni ambik gambar.
    Nanti cuti sekolah kak nina plan nak gi Melaka. Boleh laaa datang sini. Thanks sharing

    ReplyDelete
  5. yes, nampak cantik pulak dalam gambar :D

    ReplyDelete
  6. Menarik juga ye tempat ni untuk photoshoot. Tahniah adik fiza :)

    ReplyDelete
  7. dah pergi tapi ta turun dari keta pun teman dak2 hipster je hahahha mimin jeeb ngan mar iolls tido dlm keta panas sangt kikiki

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤