Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall, Putrajaya

Assalamualaikum.

Hello=)

Korang suka makan steamboat tak? kalau suka, korang patut baca entry fiza kali ni sampai habis dan bersedialah untuk telan ailio dengan gambar-gambar yang bakal korang tengok nanti. kehkeh. Fiza nak kata favourite sangat dengan steamboat ni tak la jugak, tapi suka makan sebab steamboat ni dia kan banyak pilihan makanan dan lauk, so kita boleh makan semua jenis makanan dalam masa yang sama . gihtu

Restoran steamboat yang fiza nak kongsikan dengan korang kali ni ialah Pak John Steamboat yang terletak di dalam IOI City Mall Putrajaya. Serius, dalam banyak-banyak tempat makan steamboat yang pernah fiza pergi sebelum ni, Pak John adalah yang terbaik! Tak tipuuu ni. Kenapa fiza kata terbaik? haa meh nak cerita apa yang menariknya di sini.


Pak John Steamboat & BBQ menyediakan 160 menu pilihan steamboat bersama beraneka rasa sos yang mampu buat korang rasa nak makan berjam-jam bila datang sini. Terdapat 5 jenis pilhan kuah atau sup yang menjadi 'perasa' terpenting bila kita makan steamboat ni iaitu :

  • Prawn Soup
  • Tomyum Soup
  • Chicken Soup
  • Curry Soup
  • Miso Soup


Setiap soup ni rasa dia berlainan dan pilihan fiza hari tu semestinya tomyum. Tomyum kan rasa dia masam-masam , so memang kena la dengan tekak iols ni. Sekali hirup, fuhhh sedap namateyyy . Untuk sesi bbq pulak kita akan disediakan tempat untuk grill macam kat bawah ni,


Lepas tu, boleh la mula membakar dengan bahagianya,




Bau dia semerbak harum sampai melekat habis kat baju. haha! Tempat grill ni kalau dah hitam sangat, staff dorang akan tukar yang baru, so takde la kita kena bakar ayam sampai melekat-lekat kesan bakar yang sebelum tu :)

Sebagai pencinta ayam yang tegar, menu yang menjadi pilihan utama fiza haruslah ayam!  Haaa memang rasa macam di Sorga makanan uols oiiii bila tengok macam-macam pilihan rasa ayam ada , hahaha. Untuk yang kurang gemar atau dah jemu dengan ayam, lauk lain pun kemain banyak pilihan. Korang tengok la sendiri dan selamat menjamu mata ^^
















Haaa banyak kan, seafood dia yang fiza tak pernah tengok kat tempat lain pun ada kat sini. Semuanya fresh dan menggiurkan , aumm. Untuk kanak-kanak jugak turut disediakan menu makanan yang sesuai seperti sosej, puding, kek dan yang paling dorang suka semestinya aiskrim. 









Jujurnya, fiza rekomen sangat-sangat korang cuba steamboat kat sini. Harga pun tak mencekik sangat dan berbaloi dengan apa yang bakal korang  makan nanti :) Suasana kedai pun luas dan selesa, walaupun ramai orang, korang takkan bersempit sampai berlaga bahu kat tempat duduk tu :)




INFO LANJUT 

Tel : +603-6138 3289

Alamat : 
GE-11 Ground Floor, IOI City Mall Putrajaya
(bahagian luar tau , berdekatan dengan kolam)


Facebook : pakjohnioicitymall

Instagram : pakjohnsteamboat


2 comments

  1. sedap je nampak makanan dekat situ, Haida pun saka steamboat n bbq mcm ni. puas makan sebab macam-macam ada.

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤