Pakej Bersalin Tanpa Kos Tambahan Di Rampai Puteri Medical Centre

Assalamualaikum.

Hello =)


Wanita yang sedang mengandung dan menantikan saat-saat melahirkan memang akan melalui fasa ketidakselesaan badan dan mood yang tidak menentu. Fiza faham rasa tu sebab fiza pun pernah alaminya. Bila dah 9 bulan melalui tempoh mencabar tu, sampai masa ingin melahirkan, mesti kita mengimpikan layanan dan suasana yang selesa untuk diri sendiri dan baby kan. Untuk mereka yang mampu, hospital swasta semestinya menjadi pilihan kerana selain selesa untuk ditemani oleh ahli keluarga pada bila-bila masa, doktor juga mesti kita nak pilih  doktor perempuan untuk merawat. Bukan apa, lebih selesa dan tak segan. Kalau ada pilihan why not memilih kan?

Bila sebut je hospital swasta, bukan fiza je, ramai yang akan risau tentang kosnya yang tinggi. Walaupun ada pakej-pakej tertentu yang ditawarkan, tapi tetap juga akan ada caj lain jika terjadi kecemasan yang perlu dilakukan sewaktu proses bersalin. Contohnya, kita pilih pakej bersalin normal, tetapi tiba-tiba waktu nak melahirkan, ada masalah hingga perlu dibedah. Haaa, bila dah jadi macam ni, dah tentu kosnya akan bertambah. Kalau time tu duit pun tak cukup? nayaaa.

Memang kebanyakan hospital swasta akan mengenakan caj macam tu, tetapi, hari ni fiza nak kongsikan dengan korang tentang SERENITY PACKAGE yang disediakan di Rampai Puteri Medical Centre. Fiza tahu pasal tawaran ni pun melalui Ben Ashaari, dia kan suka berkongsi kalau ada benda best, haha. Dulu Ingat lagi tak fiza pernah kongsikan kat di sini pasal perkhidmatan suntikan vaksin pnemokokal untuk Noah yang fiza ambil di Rampai Puteri Medical Centre tu? Services dia memang tip top . Jadi bila ada lagi pakej menarik untuk wanita ni, teruja la fiza nak war-war kan kepada pembaca blog fiza ni :)




SERENITY PACKAGE yang disediakan di Rampai Puteri Medical Centre ni sangat menarik kerana kita tidak perlu membayar sebarang bayaran tambahan atau jika caj tersembunyi untuk setiap pakej yang dah kita ambil. Haaa best kan! maksudnya, kalau dah pilih satu-satu pakej tu, andai kata kita nak bersalin normal tapi tiba-tiba kene  buat caesarean pulak, haa caj dia sama je dengan pakej yang kita ambil. Sama juga kalau ada kes  kena tahan lama di wad dan perlu tambahan ubat atau mungkin perlukan pemindahan darah ke, takkan ada CAJ TAMBAHAN dah. Bayaran yang dikenakan tetap sama mengikut pakej yang dah dipilih! fuhhh bestt!

Apa pakej dia? haaa ni dia, ada 3 pakej harga
  1. Serenity Suite - RM4200
  2. Serenity Single Room - RM3800
  3. Serenity Open Ward - RM3200

Menarik bukan? fiza pun teringin nak ambil pakej ni kalau dengan izinNya ada rezeki lagi. Perkhidmatan yang disediakan di sini memang bagus, staf sangat friendly dan doktor pakarnya juga adalah doktor perempuan. 

Terma dan Syarat Kelayakan Untuk Mengambil SERENITY PACKAGE ialah :







INFO LANJUT 

TEL :  03 4131 2039

2 comments

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤