EYE PRO VISION, Kedai Spek Murah dan Berkualiti Di Sungei Wang Plaza!

Assalamualaikum.

Hello =)

Masalah silau pada mata fiza ni makin hari rasa makin teruk je. Bila drive malam atau waktu hujan, mesti mata ni jadi kabur dan berpinar bila tengok cahaya lampu kat depan. Sampai kadang-kadang bila drive tu badan kena rapat ke stereng kereta, mata jadi makin kecik sebab nak fokus kat depan. Bila fikir balik bahaya jugak kalau situasi ni berterusan sebab fiza kan kalau waktu bekerja selalu drive dengan Noah kat sebelah, ishh fikir anak fiza, fikir anak. 

So hari Isnin lepas fiza ambil cuti dan ajak husband ke kedai cermin mata untuk check mata dan terus nak buat spek. Daripada awal lagi fiza dan plan dah buat spek di EYE PRO VISION yang terletak di Plaza Sungei Wang sebab ramai yang kata kat situ tengah viral sebab harga spek  yang dijual murah, berkualiti dan layanan daripada pekerja pun tip top. Ni first time nak buat spek untuk diri sendiri dan of course fiza nak mata fiza di check dengan teliti dan boleh bersoal jawab sebaiknya dengan orang yang jual kan.
Sampai Sg.Wang dalam pukul 12pm, naik je tangga ke Ground Floor terus jumpa kedai ni. Senang je nak cari.


Waktu fiza sampai ni orang ramai jugak lah, dan pekerja pun tengah sibuk melayan customer yang ada. Fiza masuk melilau dulu acah-acah pro la pasal spek konon ambik yang tu yang ni try kat mata , haha padahal serius fiza tak tahu apa pun pasal spek ni. Banyak sangat pilihan kat sini sampai jadi pening tak tahu yang mana nampak cantik bila fiza pakai .



Tengah duk cuci mata tu fiza di tegur oleh seorang lelaki berbaju biru ni, William nama dia. Friendly sangat dan nampaknya fiza memang tak salah tempat datang nak buat spek ni. William kata kat kedai ni ada 2000 jenis spek mata pelbagai jenis dan bentuk. Paling fiza tertarik bila dia tunjukkan kat fiza spek yang tahan lasak dan boleh dilentur ni ,


Ohoiii seriau je tengok dia buat tu. Takut patah.hahaha tapi jangan risau, bingkai ni memang tahan lasak. Untuk orang yang selalu berebut spek dengan anak elok guna spek macam ni. William ni memang pro bab spek, pengalaman dia banyak sangat dalam bidang ni, korang kalau datang sini cari je dia, comfirm puas hati dengan layanan yang diberi. Spek seperti kat atas tu kos dia cuma RM65 SAHAJA (cermin multicoat + bingkai) Murah giler kot!

Sambil-sambil borak tu, fiza dibawa untuk check tahan silau mata ni,


Tu result dia, tinggi jugak la kan? husband check jugak tapi dia punya tak tinggi macam fiza, so tak perlu buat spek lagi untuk dia.hihi

Lepas tu pilih bingkai pulak, korang rasa yang mana fiza pilih? nak tahu baca sampai habis :)



 Lens ALPHA BLUE 420 Paling Best!


Settle part pilih bingkai yang berkenan dihati dan nampak macam OK dengan mata ni, fiza diberi penerangan dan demo pasal lens terbaik yang ada di Eye Pro Vision ni pulak iaitu ALPHA BLUE 420. Korang oikkk, serius bagus sangat lens ni untuk sesiapa yang hadapi masalah silau macam fiza. Bagi fiza, sesiapa yang pakai spek patut guna lens ni. Sangat-sangat berkualiti dan membantu untuk halang cahaya dari terus ke mata.


High recommended!

Korang tengok video demo ni,


Haa percaya tak ? memang tak tembus cahaya dengan lens ALPHA BLUE 420 ni. Selain tu kelebihan lens ni ialah tahan lasak dan senang untuk cuci kekotoran yang lekat di cermin. Dalam demo ni, marker yang William guna tu yang jenis permanent tau tapi senang je nak cuci kesan lukis kat lens tu.


Fiza pilih cermin ni dan harga yang perlu fiza tambah RM60 sahaja ok, total cuma RM125 untuk siap satu spek fiza . Sangat puas hati dan berbaloi!

Lens AlPHA BLUE 420 ni sangat disarankan dan khas kepada mereka yang mengalami masalah silau malam , pekerja atau pelajar yang selalu mengadap komputer, smart phone, laptop dan 100% boleh halang sinar biru dan ultra ungu (UV420)


Murah dan Berkualiti yang bukan rekaan!


Bila dah datang sendiri ke kedai dan tengok sendiri kelebihan yang ada pada lens ALPHA BLUE 420 ni, baru fiza yakin dengan cerita kawan-kawan sebelum ni yang kata kedai ni tempat paling best untuk buat spek mata. Viral yang kat harga murah tu pun bukan rekaan untuk marketing semata-mata tau, harga yang dorang jual memang betul-betul murah. Kalau nak buat spek, memang fiza suggest untuk datang kedai ni. Bila datang tu, cari je William, bagitau dia korang nak spek yang macam mana dan design macam mana. Nanti layanan istimewa dia bagi.hihihi


Oh btw, ni la dia spek yang fiza pilih. Tetiba rasa muda macam budak sekolah pulak bila pakai spek ni.kehkeh




INFO LANJUT :

No Tel : 016-377 1304 (William)

Alamat : 
Ground Floor G111, Sungei Wang Plaza, 
Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur


2 comments

  1. comey kak pija pakai spek..hehee..

    ReplyDelete
  2. kak sue rekemen abis ko member2 n anok branok emem terbaik kedai i

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤