Kemeriahan Sambutan Ulang Tahun Boat Noodle's Yang Ke-5 Tahun

Assalamualaikum .

Hello =)

Happy Birthday Boat Noodle's yang ke 5 tahun! 

Rabu lepas fiza berpeluang untuk sama-sama meraikan sambutan ulangtahun ke-5 Boat Noodle's yang diadakan dengan meriahnya di outlet terbaru mereka di The Gardens Mall. Dengan adanya outlet baru ni menjadikan outlet Boat Noodle's bertambah menjadi 48 outlet kesemuanya seluruh Malaysia. Merata-rata ada Boat Noodle's yang menjadi salah-satu restoran kegemaran rakyat Malaysia ni tau =)


Sambutan birthday hari tu Fuhh meriah teruk tau korang! dengan DJ yang sporting, mereka yang hadir pun sporting dan banyak acara menarik yang dorang buat antaranya lucky draw, cabaran paling cepat makan sampai licin, teka soalan dan siapa paling cepat jawab dapat hadiah. Paling best, makanan dia sumpah best giler!








Boat Noodle's ni sangat popular dengan hashtag #makanstackrepeat iaitu bila makan tu, comfirm la tak ingat dunia sampai tinggi dah tersusun mangkuk tu, habis makan semangkuk, makan lagi, makan lagi. Tengok-tengok dah jadi macam ni mangkuk tu,


tudiaa uols, hari tu jugak ada acara susun mangkuk paling tinggi tau dan yang paling tinggi ialah ada 40 mangkuk. Fuhh bloated laa perut makan sampai 40 mangkuk .hahaha. Kat Boat Noodle's ni kalau siap makan memang macam dah jadi satu acara penutup tau susun mangkuk dan wajib ambil gambar! Fiza kalau dengan member-member, berlumba la tengok sape paling tinggi, dan pasti paling banyak makan.kehkeh

Ayutthaya 2.0 Is Back!


Kalau korang ni memang Boat Noodle's lovers, pasti tahu pasal signature dia yang ni kan. Istimewanya ulangtahun mereka untuk ke 5 tahun ni, Boat Noodle's telah memperkenalkan kembali menu Ayutthaya ni dengan nama Ayutthaya 2.0 . Fiza makan sampai 4 mangkuk tahu tak, dia punya rasa sedap gilos. Rasa creamy, herba ehh tak reti lah nak describe macam mana, korang wajib cuba!



Selain Ayutthaya ni, banyak lagi menu lain yang sememang popular di sini, korang layan gambar-gamba rkat bawah ni sampai telan ailio segelen ya,haha









Ganjaran Dengan Noodle Master Card

Berita baik lagi untuk penggemar setia Boat Noodle's, kali ni mereka memperkenalkan Loyalty Stamp Card yang mana jika korang makan lebih daripada 20 bowl dalam satu-satu masa, korang boleh dapatkan satu stamp .  Cara pengiraan dan redeem stamp senang je,

collect 3 stamp, dapat makan 5 bowls noodles secara percuma, 6 stamp dapat 10 bowls dan 9 stamp dapat 20 bowls.


Noodle Master Card ni korang korang boleh dapati ni semua outlet.


Tony Lim , CEO dan founder Boat Noodle's


Kenyang perut semuanya dan happy giler dengan kemeriahan sambutan birthday Boat Noodle's ni. Thank You Boat Noodle's atas jemputan kami dari Kelab Blogger Ben Ashaari untuk sama-sama meriahkan majlis ni. Lepas ni kita serbu lagi Boat Noodle's ni, makan Ayutthaya 2.0 .heee

Info Lanjut :

Instagram : @myboatnoodle
Facebook : Boat Noodle


6 comments

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤